Tuesday, November 13, 2012

Isu Hudud Hanya Membuang Masa?


Pertarungan antara dua parti Cina, MCA dan DAP berhubung isu hudud PAS kelihatannya tidak akan menemui titik noktah. Masing-masing tegas dengan pendirian menolak perlaksanaan hudud PAS.

Bagaimanapun, diantara kedua-dua parti itu, MCA telahpun mengumumkan pendirian rasmi mereka untuk menerima hudud versi PAS seandainya itu adalah kehendak majoriti.

Namun seperti yang dijangka ramai pihak, DAP selaku abang besar dalam pakatan pembangkang sehingga kini tegas untuk tidak sesekali mengikrarkan perlaksanaan hukum hudud sebagai agenda PR.

Tuntutan dan cabaran Presiden MCA, Chua Soi Lek supaya DAP dan PAS bersepakat memasukkan perlaksanaan hudud PAS dalam manisfesto PR sebaliknya dianggap pula sebagai batu api yang bertujuan untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua parti itu.

Malah DAP berpendirian cabaran Soi Lek berkaitan isu hudud PAS hanya akan membuang masa mereka sahaja jika dituruti tuntutan tersebut. Buang masa? Biar betul.

Itulah yang ditegaskan sendiri oleh Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw ketika mengulas cabaran Presiden MCA, dan beliau juga turut menemplek Soi Lek kononnya MCA sendiri pun tidak jelas pendiriannya berkaitan isu perlaksanaan hudud PAS.

Padahal, awal minggu ini Soi Lek telah mengumumkan pendirian MCA yang bersedia menerima hudud versi PAS sekiranya ia dipersetujui majoriti pengundi. Jelas DAP terperangkap dengan langkah MCA itu dan kini terpaksa terus berdolak dalik dalam isu ini.

Selain itu, peringatan Seng Giaw supaya Soi Lek berhenti bercakap mengenai isu hudud atas alasan ia tidak layak diperkatakan oleh MCA, juga sebenarnya patut digunapakai sama oleh pemimpin DAP.

Jika MCA tidak layak membicarakan perihal hudud PAS, apa pula hak untuk pemimpin DAP mengkritik dan memaksa PAS tunduk pada tekanan DAP berkaitan pendirian parti cauvinis Cina itu yang menolak hudud PAS?

Khalayak umum tidak pernah lupa, Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP telah mengumumkan penolakannya terhadap perlaksanaan hudud dengan alasan isu tersebut tidak termasuk dalam persetujuan bersama melibatkan DAP, PKR dan PAS dalam PR.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts