Nampaknya
sepanjang majlis tersebut, ayah kandung Diana langsung tidak kelihatan
dan pelakon ini hanya ditemani oleh ibunya. Bagi mendapatkan penjelasan,
pihak media telah menghampiri Diana dan bertanya lebih lanjut berhubung
perkara itu.
“Walaupun ayah saya tiada di majlis ini, saya tetap rasa bersyukur
kerana mempunyai seorang ibu yang cukup tabah dan sanggup melepaskan
anak dia yang sorang ini.”
“Seharusnya kita tak perlu fikirkan sangat apa yang kita tak ada. Tetapi
kita patut fikir apa yang kita ada sekarang. Macam sekarang ni,
keluarga saya ramai yang datang untuk memberikan sokongan dan saya rasa
sangat gembira.”
Namun begitu ibu Diana enggan memberi sebarang komen berhubung perkara
tersebut dan mengingatkan anaknya supaya tidak terlalu menjawab soalan
yang sama.
“Sebenarnya ibu saya tak nak berkongsi semua ini secara terbuka. Sebab
itu dia tak nak beri sebarang komen. Apa-apa pun kami akan menjaga ibu
saya bersama-sama.”
“Ini pun saya dah rasa cukup gembira kerana dapat restu ibu untuk berkahwin awal,” ujar Diana tersenyum manis.
Dalam pada itu Diana sempat berkongsi beberapa karakter Farid yang amat disukainya.
“Saya suka Farid sebab dia seorang yang kelakar, penyabar, selalu buat
saya gembira dan sentiasa beri sokongan kepada saya dari segi mental dan
fizikal.”
“Selama ini kami jaga hubungan dengan baik, tak terlalu terbuka dan
tidak mendedahkan hubungan kepada umum. Alhamdulillah, hari ini semuanya
berjalan dengan lancar.”
Jika mengikut perancangan awal, Diana dan Farid bakal berbulan madu di
Mekah dan mengerjakan umrah bersama. Akan tetapi, disebabkan visa untuk
penduduk Malaysia ke Mekah adalah terhad, pasangan ini terpaksa menunda
perkara tersebut.
“Kami memang merancang untuk membuat umrah di Mekah. Tapi perkara
tersebut terpaksa ditangguhkan kerana bulan 12 visa akan diberikan untuk
individu tertentu sahaja. Jadi, kami akan pergi ke Istanbul dulu, lepas
tu baru akan melaksanakan umrah bersama. Insyallah.”
Merujuk kepada persediaan Diana untuk bergelar seorang isteri serta
menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga, gadis ini lantas
menjawab, “Bila Farid melamar saya untuk menjadi isteri dia, saya
sebenarnya sudah bersedia untuk semua itu.”
“Bukan sekelip mata kita tahu semua perkara. Jadi, saya ingin lalui
perjalanan ini di peringkat awal,” komen Diana mengenai tanggungjawab
yang bakal digalas selepas ini.
No comments:
Post a Comment