RAFIZI masih
terbayang-bayang dia jaguh dalam isu NFC yang menyebabkan mantan Menteri
Pembangunan Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil
meletakkan jawatan. Dia fikir dia masih hero dan apa yang dia cakap
semua orang akan dengar.
Tapi si bodoh ini mungkin tak sedar
bahawa orang di luar sana semakin menolak apa sahaja yang keluar dari
mulutnya sejak terbongkar cerita dia memperalatkan kerani bank peringkat
rendah untuk mendapatkan maklumat perbankan NFC secara salah. Dan
orang juga bertanya, apa jenis manusia yang sanggup memperalatkan orang
misikin untuk kepentingan sendiri.
Penyudahnya isu itu tidak bawa ke mana.
Betul, Shahrizat meletakkan jawatan tapi adakah bukti dia terlibat
dimana-mana? Tidak ada dan SPRM sudah mengesahkan Shahrizat tidak
terlibat seperti dakwa Rafizi dan kongkang kongkang lain dalam Pakatan
harami macam Zuraidah.
Inilah yang kita lihat bila Rafizi
memanggil sidang media kelmarin, kononnya untuk mendedahkan hubungan
anak Menteri, Nadeem Bin Nazri Aziz dengan seorang peniaga di Sabah.
Persoalan utama yang tercetus, itu anak dia, apa kaitan dengan bapak
dia? Rafizi siap upah orang untuk ikut kenderaan terlibat ke mana
sahaja dengan video.
Apa yang boleh dibuktikan disitu? Nothing..
Sebab apa nothing, sebab pertama, jelas Rafizi menggunakan video. Video mana boleh jadi bukti, bak kata ulama PAS, plastik.
Kedua, tujuan Rafizi yang sebenarnya
ialah cuma nak timbulkan persepsi politik bahawa Nazri ada kaitan dalam
soal sumbangan wang RM 40 juta melibatkan seorang ahli perniagaan di
Sabah dengan menggunakan anaknya yang didakwa meminjam kenderaan ahli perniagaan tersebut.
Dan Rafizi memang terkenal sebagai manusia yang suka gunakan ahli keluarga pemimpin UMNO untuk jatuhkan karier politik mereka.
Dalam kes Shahrizat, dia guna
suaminya, dalam kes Perdana Menteri, dia jadikan kos majlis pertunangan
anak PM sebagai isu politik dan dalam kes Nazri, pun sama dia guna
anaknya jugak. Ini modus operandi penyangak politik macam Rafizi, jahat
tak jahat budak yang nampak macam lembut ni.
Nak cari kesalahan pemimpin UMNO takde,
jadi serang keluarga mereka. Sedangkan kalau kita lihat pendekatan
UMNO, kita serang pemimpin pembangkang itu sendiri, kalau dia berzina
(ada video), dia kenalah, begitu juga meliwat dan sebagainya. Ini memang
patut sebab orang ini yang nak jadi pemimpin, bukan ahli keluarga
mereka (melainkan dia masuk politik).
Penulis nak katakan kepada Rafizi, kalau ada bukti rasuah, tunjuklah mana dia? Guna Humvee pinjam tu bukti rasuah apa pulak? Anwar pun ‘pinjam’ (ada kata sewa, ada kata bukan guna duit rakyat – bayarlah tu), jet untuk ke hulu ke hilir, boleh ke kita kata itu rasuah untuk dapat projek di Selangor?
Rakyat perlu nilailah manusia apa Rafizi
ini? Nampak sangat dia ni hati busuk, main politik kotor tak
bertempat. Pengundi Pandan, Kuala Terengganu atau mana kawasan yang dia
bakal bertanding nanti, sila jauhkan dari mengundi budak ini.
Tapi kalau Rafizi nak kita percaya video
tu, tak mengapa, lepas ini kalau keluar lebih banyak video pasal
pemimpin-pemimpin PKR yang tak bermoral, harap rakyat pun percaya atau
bak kata Rafizi “You judge yourself”. Jangan nak banyak dakwa dakwi
pulak nanti ya.
Banyak masalah Pakatan kebelakangan ini,
banyak isu tak menyebelahi mereka, kondominium Batu Caves tu pun dah
terdedah mereka yang benarkan ia dijalankan walaupun ada kuasa untuk
batalkan. Eh, memanglah, Langat Dua yang ada ‘Kebenaran Merancang’ pun
boleh dibatalkan, kenapa pulak kondominium tak boleh?
oleh Adamyam Mykmu.net
oleh Adamyam Mykmu.net
No comments:
Post a Comment