Saturday, November 10, 2012

MPPP roboh rumah warga emas tanpa amaran



 PULAU PINANG 8 Nov. - Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat bahagian depan rumah pusaka milik keluarganya di Lengkok Sungai Gelugor di sini, dirobohkan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tanpa notis.


Rumah berusia lebih 100 tahun itu merupakan satu-satunya harta peninggalan keluarga Mariam Tahir, 72, yang tinggal bersama anaknya yang juga golongan orang kurang upaya (OKU), Haslina Hashim, 32.

Warga emas tersebut hanya bergantung hidup dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi semasa Mariam keluar ke pasar bagi membeli keperluan harian.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia mendapati anggota MPPP sibuk menjalankan kerja-kerja meroboh rumahnya.

Menurutnya, dia dimaklumkan pegawai MPPP bahawa struktur bahagian depan rumahnya dibina tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan.

- utusan

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts