Saturday, November 10, 2012

Setelah didesak oleh TPM baru Nik Aziz mahu mengatakan Nurul Izzah tak betul !!!

Nik Aziz: 'Itu tak betul, kalau itu ucapan Nurul Izzah'
Nik Aziz
Setelah tertekan dan terdesak  serta sindirian sinis  dari Tan seri Muhyiddin  Yassin Timbalan Perdana Menteri barulah Nik Aziz membuat kenyataan apa yang dikatakan oleh  Nurul Izzah itu tidak betul.

 Namun Nik Aziz tetap berlapik dengan mangatakan  kemungkinan  wartawan yang tidak melaporkan secara betul.

Apakah  Nik Aziz  tidak taghu bahawa laporan ini bermual dari Portal kuat pembangkang Malaysiakini. Tidak mungkin Malaysiakini akan  melaporkjann sesuatau yang tidak betul terhadap pemimpin pembangkang ini.

Nik Aziz  juga bioleh melihat dan mendengranyan dan memanggil juru bahasa untuk menerangkan keopadanya  jika memangnya dia tidak faham bahasa Inggersi seperti Dewan Muslimat PAS.Kata Nik Aziz dalam Bernama.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul.

"Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini. Bagaimanapun,

Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi.

 Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu.

Portal itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu"

 "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada 3 November.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya beliau berani untuk menyatakan kebenaran apabila terdapat pemimpin pakatan pembangkang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan prinsip perjuangan Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak berbangkit.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengenepikan soal kebenaran terutama yang melibatkan agama Islam, semata-mata untuk kepentingan politik. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts