DALAM mana-mana negara di dunia
sekalipun, perlu kita akui ada kelompok rakyat negara tersebut yang
tidak berapa stabil mindanya. Ini lumrah dan tidak perlu malu
mengakuinya. Malaysia sebagai sebuah negara, turut tidak terkecuali
memiliki rakyat dari kelompok ini.
Malah kalau tanya pakar psikatiari, semua
orang ada kecenderungan untuk membuat perkara-perkara bodoh walaupun
kalau ikut latar belakang pendidikan cemerlang dan gemilang.
Persoalannya bukan ada atau tidak tapi bila dan kenapa.
Kelompok dan kecenderungan inilah yang sedang menjadi sasaran PKR untuk di manipulasi ke tahap tertinggi.
Jenis orang macam ini mudah percaya
dengan pembohongan dan angan-angan. Ini yang kita lihat bila Anwar umum
nak tubuh kerajaan baru pada 16 September 2008 dan lantik dirinya
menjadi Perdana Menteri. Sehingga tengah malam 15 September pun Anwar
masih mengulang benda yang sama.
Ramai juga yang percaya, sehingga ada
yang terlebih sewel di kalangan kelompok ini yang bersiap-siap dengan
kenderaan apa segala pada malam 15 September itu untuk mengiringi Anwar
ke Istana Negara pada pagi 16 September dan kemudiannya ke Putrajaya
untuk masuk ke pejabat Perdana Menteri.
Tapi penyudahnya apa berlaku? Anwar bagi
1001 macam alasan dan kemudiannya menyalahkan takdir kenapa dia masih
tidak jadi Perdana Menteri pada pagi 16 September tersebut.
Moralnya, macam ini punya jelas
pembohongan pun masih ada yang percaya, dan janganlah hairan kenapa
sehingga sekarang pembohongan masih berterusan dan masih ada yang
terleka dengannya.
Maka itu tidak hairanlah kenapa Rafizi
selaku Pengarah Strategik PKR (atau lebih senang disebut Pengarah Putar
Alam PKR) sedar akan perkara tersebut dan memanipulasi kelompok ini
sebaik mungkin untuk kepentingan politiknya.
Dia tahu dari pengalaman, memang
ada di kalangan rakyat negara ini yang otaknya mudah dikelirukan dengan
mudah. Dari 28 juta rakyat kita, dapat 1% pun dah ada 28,000, cukuplah
nak memenuhi lorong-lorong sempit di KL supaya boleh digambarkan di
Internet macam beratus ribu semasa himpunan Bersih.
Pendekatannya bukan susah. Adakan sidang
media, tunjuk kertas sikit (isi boleh buat sendiri), tunjuk video yang
tak membuktikan apa-apa dan minta rakyat buat andaian dan persepsi.
Yang ada akal sikit akan persoal banyak perkara, kelompok yang tidak
cukup akal ini, akan terima tanpa bahas.
Sebab
itu sekarang kalau kita lihat perkara-perkara yang dibangkitkan Rafizi
macam NFC, pertunangan anak Datuk Seri Najib, kahwin anak Ali Rustam,
anak Nazri dan seumpama dengannya, kalau diikutkan justifikasi di
sebalik pendedahan kes tersebut, semua berdasarkan andaian dan persepsi
atau lebih senang cakap, bodoh-bodoh belaka.
Apa yang cuba penulis cakapkan, kelompok macam ini akan sentiasa ada, di dunia atau di mana-mana. Jadi
jangan hairanlah kalau bila Pakatan haram ini buat acara, beribu
datang, itu memang biasa. Kita ada 28 juta rakyat, 12 juta pengundi,
setakat 10 atau 20 ribu itu belum cukup lagi nak kata Malaysia ini depa
punya.
Dia macam peminat bola yang fanatik
jugalah, pasukannya pergi mana sekalipun dia akan ikut. Memang nampak
ramai, tapi sebetulnya orang itu jugak balik-balik.
Sumber: Adamyan Mykmu.net
No comments:
Post a Comment