Sunday, November 11, 2012

Warga Indonesia dakwa dirogol 3 anggota polis

Bukit Mertajam: Seorang pelayan kedai makan warga Indonesia mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di bilik di Balai Polis Perai, dekat sini, kelmarin.

Mangsa, Siti Maemanah Kasman, 25, berkata dia ditahan ketika menaiki sebuah kereta sewa dipandu seorang lelaki selepas menghantar rakannya di satu kawasan flet di Prai, jam 6.20 pagi. 

Katanya, dia menyedari sebuah kereta peronda mengekori kereta yang dinaikinya sebelum dua anggota polis menahan kereta dan meminta kad pengenalan pemandu terbabit serta pasportnya.


Bagaimanapun, beliau berkata, dia hanya menyerahkan salinan pasport menyebabkan anggota polis terbabit memaklumkan perlu membawanya ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum melepaskan pemandu kereta sewa berkenaan.

“Setiba di balai, dua lagi anggota polis yang bertugas di kaunter kemudian menggeledah beg tangan dan memberitahu mahu mengurung saya dalam lokap.

“Saya tiada duit menyebabkan mereka meminta saya memberikan layanan seks. Saya terpaksa mengikut arahan dan melakukan hubungan seks dengan tiga anggota,” katanya di Pejabat MCA Bukit Mertajam, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts