Tuesday, November 6, 2012

SAIFUL APEK MAHU BAGI TAHU DUNIA DIA ANAK ANGKAT !!!!!! MARI AKU TOLONG HEBAHKAN JUGA !!! YEAKKK PUIIIT

Semalam aku tonton rancangan Dato' Haji Fadilah Kamsah di Astro yang membicarakan isu anak angkat di mana Saiful Apek adalah tetamu undangan yang mana beliau adalah seorang artis , pelawak yang dikenali di Malaysia dan adalah anak angkat kepada satu keluarga yang tidak mempunyai anak,

Saiful yang mengatakan bahawa beliau hanya tahu bahawa beliau adalah anak angkat setelah ibu angkat nya meninggal dunia ketika beliau mahu mencium ibu angkatnya dan ada suara mengatakan bahawa beliau bukan muhrim dan tidak boleh mencium ibu angkatnya kerana Akan membatalkan air sembahyang. 

 Apabila ditanya oleh ustaz Fadilah Kamsah, Saiful Apek mengatakan bahawa dia hanya mengetahui bahawa dai adalah anak angkat ketika ibu angkatnya meninggal dunia. Bila ditanya pula oleh penonton apakah ibu kandungnya pernah mencari beliau sebelum ini dia mengatakan bahawa ibu kandung nya penah datang sekali dan dia yang menjawab salam dan berlakulah pertengkaran antara ibu angkatnya dan ibu kandungnya dan ibu kandungnya terpaksa melepaskannya buat kali kedua. Bermakna di sini apek pernah mengetahui bahawa dia ank angkat sebelum ini.

 Persoalan yang mahu TB sampaikan di sini bukannya apa, Dari apa yang TB lihat semalam adalah Apek tidak langsung mempersembahkan bahawa ibu angkatnya yang membelanya selama 21 tahun itu sebagai ibunya walaupun dia dibesarkan selama 21 tahun oleh ibu itu dan setiap kali bercakap dia masih memanggil ibu angkat dan ayah angkat sedangkan dunia akhirat mereka ini membela beliau dari kecil sehingga dewasa sebagai anak sendiri. 

Apek mungkin lupa siapa yang menyuap makanan kemulutnya dan siapa yang menjaga  waktu dia demam dan Apek mungkin lupa siapakah yang mencucinya ketika dia baung air besar dan siapakh yang memandikannya setiap hari dan siapakah yang tidur dengan nya ketika dia memerlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Apakah apek perlu menghebahnya kepada seluruh dunia bahawa beliau adalah anak angkat , Besar sangat kah dosa ibunya sehingga apek perlu memberitahu seluruh dunia " Hei dunia itu bukan  ibu aku , itu ibu angkat aku." Bangga sunguh apek memberi tahu dunia bahawa ibu yang menjaganya selama 21 tahun itu bukan ibunya.  TB turut sedih dengan perbuatan apek itu dan sedih untuk arwah ibu angkatnya.

Saiful seolah olah bangga denga n ibu kandungnya dan seolah olah kesal menjadi anak angkat dan sanggup bercerita tentang ayah angkat nya yang hanya meninggalkan sebuah beg buat beliau. Tentu jika ayah angkatnya masih hidup akan merasa kecil hati kerana 21 tahun membela beliau dan jika ibu angkat bekliau masih hiduop tentu merasa sedih keranma saiful asyik mengulangi perkataan ibu angkat. 

TB sudah dua kali mendengar Apek tidak "appreciate" jasa ibu angkatnya ini di TV, Maaflah kalau apek mahu terasa jika membaca tulisan ini tapi inilah hakikatnya yang TB rasakan dan harap di waktu yang lain Apek boleh menghargai jasa keluarga angkat yang sepatutnya tiada lagi istilah angkat.

4 comments:

  1. Maaf Tuan Penulis, saya ada sedikit bercanggah dengan tuan, begini...

    Selama 21 tahun sebagai anak angkat, hanya mengetahui status dirinya setelah kematian ibu angkatnya pastilah memberi satu impak di hati Apek, apatah lagi semasa kecilnya dia pernah bertemu ibu kandungnya dan pastilah pergaduhan ibu angkatnya untuk menafikan status apek sebelum ini..dan saya pasti, kesan peristiwa ini berbekas dihati apek sendiri..anak mana yang tidak mahu berjumpa ibu kandungnya..

    Walaupun diwawancara itu, sepertinya apek tidak menghargai keluarga angkatnya,sememangnya sebagai lelaki dewasa, apek boleh menceritakan kisah hidupnya sebaik mungkin tanpa menghasilkan tafsiran dari penonton, tapi apakan daya, hati kecil itu berbisik,sesungguhnya bangkai gajah tak boleh ditutup dengan tapak tangan, apatah lagi wawancara itu berkaitan anak angkat...

    Hakikat anak angkat itu tidak mengubah hukum tuhan, Nabi Muhammad saw juga bernikah dengan janda anak angkatnya(Zaid),untuk bukti dari Allah swt, status tidak menghalalkan hukum..namun untuk kes apek ini, hanya penampakan beliau bercerita tentang keluarga angkatnya tidak menyenangi tuan penulis..sepatutnya tuan sebagai penulis propesional, tidaklah seperti Apek yang masih terkait sedikit kebencian dan sepatutnya penulis menerangkan seadilnya bagi kedua2 pihak, supaya 'baju yang diwarnakan sekata'...dan tuan penulis juga mendapat nama..

    sekian dari saya yang prihatin..wassalam..

    ReplyDelete
  2. Salam sdr, sy tidak pernah mempertikaikan ttg ibu kandung apek, itu hak apek dan dia berhak untuk appriciate ibu kandungnya. Syukur Alhamdulilah krn apek dapat menerima ibu kandungnya seadanya.

    Saya pula bukan menulis kerana nama tepi menulis mengikut apa yg saya rasa mahu sy luahkan, secara jujur sy meluahkan di sini sebagai peminat apek (tak punya dendam sedikit pun dgn apek) jika sy boleh merasakan ini , tentu ramai lagi yg merasakan. disini sy rasa mahu mengur apek buka mengriktik.

    Jika apek boleh menerimanya ambil lah sebagai satu iktibar jika tidak buat lah road show bagi tyahu dunia bahawa itu bukan ibunya tetapi ibu angkatnya, ini kali kedua sy melihat situasi ini, mungkin jika kali pertama sy tidak akan menegurnya.

    Mujur apek anak tunggal tiada adik beradik, jika siafuk ada adik beradik angkat, apakah perasaan adik beradik angkat saiful, Jika sy bukn drri keluarga ibu angkat apek terasa seolah olah apek langsung tidak merasakan ibu angkatnya bagaikan ibunya sendiri tentu org lain juga boleh merasakannya. Apa apa hal sekali pun sy sekadar menegur terpulanglah kepada pembaca untuk menafsirkan. Mungkin sy silap mungkin org lain yang tersilap tafsir juga,

    ReplyDelete
  3. Setiap org mempunyai pandangan yang berbeza apabila membuat sesuatu kesimpulan di dlm sesuatu perkara. Saya seorang ibu berusia hampir 50 tahun. Saya berpendapat sewaktu ibu kandung Saiful Apek datang ke rumah ibu angkatnya yg mana terjadi satu pertengkaran,kalau tidak salah pendengaran saya Saiful telah disuruh masuk oleh ibu angkatnya. Di sini ada kemungkinan Saiful sebenarnya tidak tahu bahawa pertengkaran itu adalah berkenaan dengan dirinya, maka dgn demikian pada ketika itu dia masih tidak tahu akan hakikat sebenar. Kemungkinan yang didengarinya hanyalah bunyi bising orang bertengkar. Oleh itu dia tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar, sehinggalah pada hari kematian ibu angkatnya barulah dia menyedari bahawasanya dia ialah anak angkat.

    Sewaktu menerangkan ceritanya Saiful PERLU menyebut ibu kandung atau ibu angkat agar ianya tidak menimbulkan kekeliruan kpd penonton. Bayangkan jika kedua-dua org yakni ibu angkat dan ibu kandung disebut olehnya sebagai IBU sahaja tentunya penonton akan keliru individu yg mana satukah yang dimaksudkan, ibu kandung atau ibu angkat???

    Saya rasa Saiful Apeklah orang yg paling tepat menafsirkan apa yg dilalui dan dialami dlm hidupnya. Tidak adil bagi kita yg cuma tahu sedikit dari cerita hidupnya terus membuat kesimpulan sedangkan sebelum memberi kesimpulan kita sepatutnya mengambil tahu dari pangkal hingga ke hujung cerita yg sebenar. Pada naluri keibuan saya, jika seseorang anak angkat dipelihara dgn penuh kasih sayang laksana anak kandung maka sudah pasti tidak akan timbul perasaan tidak puas hati, kecewa,'ralat' spt yg diceritakan Saiful bahawa bapa angkatnya meninggalkan sebuah beg sahaja. Saya dapat merasakan hubungan bapa angkat dan Saiful kurang rapat atau ada jurang di antara mereka.

    Saya sebenarnya seorang anak angkat tunggal juga, tetapi saya mempunyai hubungan yg amat rapat dgn kedua ibu dan bapa angkat saya. Maaf saya mesti menggunakan ungkapan ANGKAT kerana boleh disalah maksudkan dengan ibubapa kandung. Walaupun kedua ibubapa angkat saya sudah berpuluh tahun meninggal dunia tetapi kasih sayang, jasa dan kenangan bersama mereka masih segar dalam ingatan saya. Jika kita mempunyai hubungan yg baik, walaupun mereka adalah keluarga angkat kita pastinya TIDAK mempunyai sebab dan alasan utk merasa kecewa atau pengalaman spt Saiful. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika silaturrahim antara anak angkat dan ibubapa angkat ada mempunyai 'kekurangan'.Sehingga kini walau usia hampir 50 tahun, saya masih tidak tahu siapa ibubapa kandung saya dan saya adalah dari keturunan bukan Melayu tetapi diambil menjadi anak angkat oleh keluarga Melayu dan saya beragama Islam. Di dalam Islam menegah kita mentafsirkan sesuatu perkara tanpa meneliti dahulu dari awal hingga akhir fakta-faktanya. Pendek kata kita mesti mempunyai pengetahuan yang PASTI tentangnya dahulu. Sekian yg buruk adalah daripada saya dan yg baik ialah daripada Allah SWT, wassalam.

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts