Tuesday, November 27, 2012

BENAR KATA TUN : TERIMA LAH HAKIKAT KALAU PR KALAH PRU : TAK PERLU MENGGANAS

Betul apa yang Tun M nampak, Sebenarnya  PR sudah nampak kekalahan dan juga tahu bahawa  mereka akan gagal untuk menjadi kerajaan jika  ingin mendapatkannya melalui suara rakyat dan pilihan raya.

Anwar sudah tua dan tidak ada masa untuk menunggu lagi empat tahun dan seterusnya lagi empat tahun. Jika Anwar gagal jadi PM pada PRU13 ini , eloklah dia lupakan saja hasrat untuk menjadi Perdana Menteri . Sedangkan pada klimak  kepopularitinya (PRU13) beliau gagal unutk menjadi PM inikan pula mahu tunggu 4 tahun lagi , segala penipuan nya akan terbongkar.Allah SWT sememangnya tidak mengizinkan beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Kalau dahulu , beliau hampir menjadi PM dam akhirnya direntap oleh Allah SWT jawatan berkenaan, tentu ada sebab sebab nya ianya boleh berlaku. Hari ini mereka sengaja meniupkan api berebut jadi PM kononnya  kerusi PM hak mereka. Ha ha ha ha ha ha..... kelakar lah siwar Anwar, Tujuan beliau jika sekira mereka gagal mendapat kerusi berkenaan pengikutnya merasakan bahawa kerusi PM telah dirampas dari mereka dan mereka akan merusuh.


Terima hakikat jika kalah: Tun M
RUZY ADILA IDRIS & WAN NASRAH ABDUL RAHIM, Foto: SAFWAN MANSOR
27 November 2012
Tun Mahathir
Tun Mahathir
KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus menerima kenyataan dan dinasihatkan tidak membuat provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa kini terdapat juga pihak sudah mencipta suasana tidak selesa itu dengan memberi persepsi terhadap orang ramai bahawa PRU13 akan datang adalah pilihan raya yang tidak adil.

Dengan mewujudkan keadaan tidak selesa itu, katanya, dibimbangi penyokong-penyokong yang terlalu taksub akan bangkit menimbulkan kekacauan kerana menganggap keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.

“Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan membuat demonstrasi. Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi.

“Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku,” katanya pada sidang media Forum Antarabangsa bertemakan Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Mengimbas Kembali atau Memandang Ke Hadapan, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan media tentang demokrasi yang dianggap sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

Dr Mahathir bagaimanapun berpendapat, pendekatan demokrasi itu sendiri tidak cacat tetapi terpulang kepada pengamalnya.

“Semuanya bergantung kepada pengamalnya terutamanya ketika menerima kekalahan,” katanya.

Mengulas mengenai taktik penyokong pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau berkata, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya.

Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demonstrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar dan merealiasikan impian menjadi perdana menteri.

“Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi. Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi, tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpunan Hijau,” katanya.

Katanya, jika perkara ini berlarutan, maka konflik antara pemenang dan yang kalah akan berterusan, malah kemungkinan ada pihak mengambil peluang menggunakan ketidakpuasan ini untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah.

Mengulas dalam forum itu juga, Dr Mahathir berkata, telah timbul konflik di antara negara, di mana ramai manusia akan dibunuh dengan senjata yang baru dicipta. Oleh itu katanya, peperangan tidak akan menyelesaikan apa apa malahan kedua pihak juga akan berada dalam kerugian.

“Kita cuba menyelesaikan masalah dengan cara aman, membuat hubungan baik dengan negara jiran dengan menubuhkan Asean. Ahli Asean berjumpa pemimpin Asean. Apabila berjumpa tidak sebagai musuh tetapi memutuskan untuk saling kenal dan mengenal pasti konflik antara negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts