Tuesday, November 6, 2012

Pas Bersubahat Dalam Isu Murtad


Agenda Plural dan fahaman liberal yang dibawa Anwar Ibrahim bukan lagi satu rahsia.  Walaupun Anwar masih berdolak-dalih dan tidak berterus-terang mengenainya tetapi setiap ungkapan, ucapan dan tindakannya menyerlahkan lagi pendiriannya dalam soal ini.

Anwar yang menyukai cara hidup bebas menemui keserasian dalam liberalisasi Yahudi Zionis yang berpegang kepada keterbukaan atau kebebasan tanpa batasan.  Bagi mengelirukan dan memperdaya masyarakat agar melihat perjuangan mereka sebagai sesuatu yang benar, suci dan murni maka gologan berfahaman liberal ini merujuk agenda mereka sebagai perjuangan membela ‘hak asasi manusia’.

Bagi menepati keinginan mereka untuk hidup bebas dan terbuka, mereka berusaha memaksa manusia sejagat menerima bahawa yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk.  Antaranya, amalan homoseksual, lesbian, transeksual serta gejala pondan.   Begitu juga dengan seks bebas.

Kesemua amalan buruk ini terbukti membawa kepada berbagai penyakit serta kehancuran kepada struktur keluarga dan masyarakat, tetapi golongan ini berjuang untuk  menobatkannya sebagai hak yang asas, atau semulajadi, bagi manusia, agar mereka boleh mengamalkannya tanpa dipandang serong atau dihukum.

Bagi memastikan mereka berjaya memaksa manusia menerima idea ini, maka mereka wajib terlebih dahulu menggoyahkan pegangan agama manusia sejagat, terutamanya Islam.

Walaupun secara dasarnya semua agama melihat amalan buruk di atas sebagai dosa dan salah, tetapi jelas hanya Muslim yang bersungguh-sungguh memeranginya.

Justeru, terbukti bahawa pegangan agama Islam adalah jauh lebih kukuh dan teguh berbanding agama lain, sekali gus menjadi musuh utama pejuang fahaman liberal ini.  Kerana itu, Islam menjadi sasaran mereka tidak kira di mana, sejak dari dahulu dan selama-lamanya.

Untuk itu, agen, boneka, NGO, media dan barua atau balaci-balaci digunakan untuk mempromosi idea ini.  Anwar, sebagai salah seorang pendokong fahaman ini, dilantik sebagai ‘barua’ dan dinamakan sebagai bakal pemimpin boneka bagi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts