Nik Aziz: Tak salah doa jatuhkan Umno-BN
18 November 2012
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.
Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.
Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.
“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.
“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pas meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana ALLAH memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, malam kelmarin.
Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan kononnya isu orang Melayu murtad disebabkan oleh paderi Kristian adalah tidak benar kerana ia adalah perbuatan umatnya sendiri yang menolak Islam.
Menurutnya, sekiranya seseorang itu seseorang itu menolak Islam atau orang itu jahil maka ia boleh jadi murtad.
“Bila Umno tolak Islam daripada dasarnya, agama apa Umno pakai? Agama Islam berpandukan al-Quran. Jadi dia Kristian ke Buddha ke atau tiada agama?
“Timbulnya isu murtad kononnya paderi Kristian tapi saya nak kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekehkan Islam. Umno tolak Islam maka dia memperlekehkan Isla," katanya.
Ketika ditanya pemberita sama ada beliau menganggap Umno murtad kerana mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata, soal murtad tidak kira siapa, sebaliknya sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad.
“Tak kira siapa pun... tak kira tok guru sekalipun, kalau murtad, maka murtadlah. Usahkan Umno, kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan cara hati dia mengatakan Islam tak guna maka dia murtad walaupun tiada mufti beritahu,” katanya.
PETIKAN DARI SINAR HARIAN . http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-aziz-tak-salah-doa-jatuhkan-umno-bn-1.104736
ReplyDeleteEe. TAK TAHU LAH. MAKIN LAMA MAKIN NAK MUNTAH AKU TENGOK MUKA NIK AZIZ DAN AHLI2 NYA. BENAR MELOYAKAN. MEREKA PUNYA ANGAN MAT JENIN.. PAS AKAN LINGKOP. BAWA BERTENANG. SEDAR DIRI TU SIKIT. KELANTAN TU LUBUK HIV.. SELESAIKAN DULU. BETINA KELANTAN BERSEPAH JADI GRO.. PEMIMPIN NYA PULA JADI BUTA. ADA HATI NK KE PUTRA JAYA, TAK MALU KE MEREKA NI. PUTRA JAYA HADIAH DR MADHADIR ANAK BANGSA WARISAN BN. BULAK UNTUK KAU NIK AZIZ. KALAU NIK AZIZ MATI JENAZAH DIA BELUM TENTU BOLEH KEBUMI DI PUTRA JAYA. MAT JENINDENGAN ANGAN ANGAN DIA...HA HA HA
Kata Nik Aziz " Timbulnya isu murtad KONON nya paderiKristian tapi saya nak kata tidak....." sekarang lihat pula apa kata Allah dalam surah Al-Baqarah ""Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". CAKAP SIAPA KITA NAK DENGAR "NIK AZIZ" ATAU "ALLAH" ... Oh lupa pulak Nik Aziz kan dah jual nama Allah kepada Kristian ... bagi dia nama Allah tak membawa sebarang makna...Semoga Nik Aziz sempat bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum meninggal..
ReplyDelete