Monday, November 19, 2012

Hadi Sebagai PM: Bukti PAS Percaya Anwar Kaki Zina

Muktamar PAS ke-58 yang berakhir dengan doa menghancurkan UMNO dilihat sebagai berjaya memaksa ahli-ahlinya menerima hakikat bahawa Putrajaya adalah satu-satunya matlamat hidup parti itu dan apa saja yang mampu mengganggu atau menyukarkan perjalanan ke sana, wajib ditutup, diketepikan atau dimusnahkan. 

Sekali gus, segala keraguan akar umbi mengenai ‘cara’ yang digunakan untuk mencapai matlamat itu, wajib dibuang atau akan dianggap sebagai khianat atau belot kepada parti, hatta Islam!

Bagi memberi keyakinan kepada akar umbi yang masih sangsi mengenai kemampuan PAS mendominasi Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud, maka Hadi Awang perlu digilap sehingga bersinar-sinar untuk mengaburi cahaya nyalaan api Anwar Ibrahim.  Maka, Hadi Awang pun dijulang dengan koir hudud menghiasi latar belakang.  Hadi juga mengaku yang beliau ‘syok’ atau seronok dengan idea menjadi Perdana Menteri seolah-olah seorang anak kecil yang tidak pernah keluar dari kampung dijanjikan untuk dibawa melawat ke luar negara. 

Kata Hadi Awang dengan riaknya, perlantikannya sebagai Perdana Menteri nanti akan bermakna Islam telah menang dan jika beliau ditakdirkan meninggal dunia selepas itu, maka beliau bersedia. 

Persoalannya, apakah atau siapakah Hadi Awang untuk meletakkan dirinya sebagai simbol Islam?  Bagaimana perlantikannya sebagai PM menjadi tanda kemenangan Islam?  Apakah jasa Hadi kepada Islam atau Umat Islam selama hidupnya?   

Dan apakah Hadi pekak atau pura-pura pekak dan tidak mendengar jeritan Lim Kit Siang yang ingin menegakkan Negara Sekular serta menghapuskan Islam sebagai agama rasmi?  Bagaimana kita menilai keikhlasan Hadi untuk memartabatkan Islam sedangkan di masa yang sama beliau berlutut memeluk erat kaki Lim Kit Siang, bimbang sekali diterajang keluar? 

Dengan DAP yang anti Islam serta Melayu, dan PKR pula berkiblatkan barat sehinggakan Anwar tersenarai sebagai tokoh liberalisme dan pluralisme di rantau ini, bagaimana kemenangan PR dan perlantikan Hadi sebagai PM boleh dikatakan kemenangan Islam?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts