Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini,
tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya
ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan
sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.
Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding
pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin
sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar
biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus
perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai
saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan
Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu
disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula,
tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen,
derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.
Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga
Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis
Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat
pertama itu.
Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH,
meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa
dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral
serta sumbangan lain yang mereka perlukan.
Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada saudara-saudara kita
di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang berhawa
dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan
keluarga.
Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan dindingnya;
meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu
serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir.
Menyumbanglah. Hulurkanlah derma menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar
Harian, ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988. Mereka yang
ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Sinar
Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013820.
Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur Karangkraf RM50,000
diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang
Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.
No comments:
Post a Comment