Wednesday, March 27, 2013

Wira Negara Atau Badrulamin Yang “Anjing”?

tweet badrulamin
Sangat menyedihkan negara kita dipenuhi oleh beberapa pengkhianat tanahair yang sewenang-wenangnya menghina dan melabelkan pasukan PDRM dengan pelbagai kata nista seperti “anjing” dan sebagainya.
Sebelum ini kita dikejutkan dengan caci maki beberapa orang guru yang makan gaji dengan kerajaan, namun tanpa rasa bersalah menyifatkan anggota keselamatan negara itu sebagai “anjing” di laman-laman Facebook mereka.

Saya difahamkan bahawa pihak berwajib telah mengambil tindakan terhadap kebiadapan guru-guru itu dan tindakan disiplin yang keras bakal dikenakan terhadap mereka.

Cuma yang menghairankan, tokoh “ulama” PKR, Badrulamin Bahron sengaja membakar kemarahan rakyat apabila turut menggelar pasukan PDRM sebagai “anjing” di laman Twitter miliknya pada 23 Mac, baru-baru ini.

Saya tertanya-tanya, disaat wira-wira PDRM kita sedang bersabung nyawa di Lahad Datu mempertahankan kedaulatan negara, apakah wajar gelaran “anjing” dilemparkan pada mereka?

Sehingga kini sudah 10 orang anggota keselamatan negara terkorban demi memastikan “anjing-anjing” Kiram dinyahkan dari bumi Sabah sejak awal Mac lalu.

Dua hari lepas kita baru saja menyambut Hari Polis di mana skuad Komando 69 yang menjadi kumpulan pertama berada di barisan hadapan pada pertempuran 1 Mac tempohari diraikan dengan lenangan airmata.
sazreen arwah sarjan salam
Saya masih terbayang wajah sugul waris, isteri dan anak wira-wira negara itu di masjid berkenaan. Airmata adik Sazreen, anak lelaki Allahyarham Sarjan Salam masih lagi menyayat hati yang simpati dan membakar api kemarahan.

Tiba-tiba seorang “ostat” dari PKR yang kononnya berakhlak mulia dan indah menggelar arwah bapa Sazreen dengan gelaran “anjing”?
Siapa yang anjing sebenarnya? Wira negara atau Badrulamin yang “anjing”?

Kononnya Badrulamin mengajukan gelaran tersebut pada pihak polis yang menangkap segelintir pelajar hingusan yang terpengaruh dengan dakyah Pakatan Haram dan membuat kacau di tempat awam.

“Standard”lah! Kalau buat kacau, sudah tentu polis akan tahan. Kalau buat baik, pernahkah polis tahan kita? Kalau nak bercakap biarlah berlandaskan kebenaran dan logik yang waras, bukan berpaksikan pada nafsu politik syaitan!

Mungkin Badrulamin marah pada pasukan PDRM kerana membunuh pengganas yang menceroboh Sabah memandangkan dia sendiri merupakan seorang pendatang asing yang dikutip Anwar untuk mengajar di UIAM dulu.

Bezanya dengan puak-puak Kiram III itu, Badrulamin tidak masuk dengan cara bersenjata dan hanya menggunakan air liur di sebalik topeng berimejkan “ustaz”. Saya faham, sebagai “anak indon”, Badrulamin agak sensitif bila membabitkan isu orang asing yang menceroboh Malaysia…

Tapi tak payahlah menghina wira-wira negara sebagai “anjing”. Islam sebenar tidak bersifat begitu, bukan? Lagipun, disaat wira-wira negara itu memerlukan sokongan moral yang kuat, Badrulamin sepatutnya tidak celupar memaki hamun mereka.

Saya yakin, sesiapa saja yang menghina anggota PDRM disaat ini akan berdepan dengan seluruh rakyat Malaysia yang bersatu menyokong anggota keselamatan itu. Cari pasal dengan PDRM bermaksud cari pasal dengan rakyat.

Cubalah cari pasal lagi dengan PDRM dan rakyat. Terimalah padahnya pada PRU ke-13 nanti. Jangan sampai kena hambat balik Indon, sudah…!

sumber

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts