Tuesday, March 5, 2013

Isu Lahad Datu: Terkini, 20 Pengganas Sulu Terbunuh

ops-sulu[1]
Setakat ini 20 orang pengganas Sulu telah terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh pasukan keselamatan negara dan mayatnya telah ditemui di sekitar Kg Tanduo, Lahad Datu. (sumber: Utusan Online)

Ini bermakna sehingga kini 38 pengganas Sulu berjaya dibunuh termasuk 12 orang yang berjaya ditembak mati semasa pertempuran pertama di Lahad Datu dan 6 orang lagi ditembak mati ketika pertempuran kedua di Kpg Sri Jaya, Simunul, Sampoerna.

Menurut laporan oleh Utusan Online juga, pihak keselamatan masih meneruskan usaha-usaha penggeledahan bagi mencari saki baki pengganas yang masih hidup atau yang telah terbunuh.

Sementara itu Ketua Polis Negara memberitahu setakat ini mayat ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzumudie Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III belum lagi ditemui.

Di pihak pasukan keselamatan negara, Alhamdulillah tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, InsyaAllah semoga ianya berkekalan.

Sementara kita semua rakyat Malaysia menantikan laporan-laporan mutakhir mengenai situasi semasa di Lahad Datu, eloklah teruskan memanjatkan doa ke hadrat Illahi, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan insiden di Lahad Datu ini akan tamat jua akhirnya.

Bersatu teguh, Bercerai Roboh…

JOIN FAN PAGE SAYA UTK BERITA MUTAKIR POLITIK TANAH AIR : KLIK DAN KLIK LIKE.
sumber: mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts