Thursday, March 14, 2013

Polemik Di Sebalik ABIM Gelar Wan Azizah Sebagai ‘Sayyidatina Khadijah’

Langkah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memberikan Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail telah menimbulkan polemik besar di alam maya.

Para pengomen di laman ini majoiritinya tidak bersetuju dengan langkah ABIM itu yang dilihat sebagai satu usaha untuk membersihkan imej isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi dalam masa sama mencemar nama baik isteri Nabi Muhamad SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid.

Laman pro Pakatan, suarapakatanrakyat.com turut berkempen agar ABIM juga turut memberikan Anugerah Khas kepada Anwar sejajar dengan gelaran yang diberikan kepada Wan Azizah.

“Dalam masa yang sama, penulis suka nak mencadangkan kepada ABIM untuk memberi Anugerah Khas Rasululullah pula kepada Anwar sebagai menghargai sumbangannya kepada negara ini.

“Penganugerahan ini, akan saling lengkap melengkapi, isterinya dapat Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah, suaminya dapat Anugerah Khas Rasululullah. Tidak adillah kalau isterinya sahaja yang diberikan penghormatan setinggi itu, sedangkan suaminya tidak.

“Lagipun, Anwar seperti yang kita tahu turut mengalami detik-detik mencemaskan dalam perjuangan menuntut perubahan dan kebebasan politik yang sebenarnya di negara ini, termasuklah dihumban ke dalam penjara untuk satu tempoh yang sangat panjang.

“Bukankah itu bukti jelas untuk melayakkan Anwar menerima anugerah tersebut?,”lobi laman itu.
Blog Badutrakyat melihat gelaran kepada Wan Azizah itu sebagai sindiran kepada Anwar, individu yang sering diwar-warkan imej pembohong.

“Ramai pemerhati politik melihat penganugerahan itu sebenarnya hanyalah satu bentuk sindiran daripada Dr Siddiq kepada Anwar supaya dapat mencetuskan kesedaran Ketua Umum PKR itu supaya kelak jangan lagi gemar menabur janji sana sini tanpa menilik kemampuan diri.

“Alang-alang isteri sedikit cuba dipropagandakan dan digambarkan seolah-olah menyamai sikap isteri Nabi, takkanlah Anwar masih nak meneruskan sikapnya yang langsung tidak mengikut perwatakan Nabi Muhammad S.A.W,tak gitu pembaca Badut rakyat Sekalian ???

“Bukankah Nabi Muhammad S.A.W terkenal dengan gelaran Al-Amin yakni orang yang boleh dipercayai dan dipegang kata-katanya, justeru itu Anwar selaku politikus yang gemar menjual temberang dan propaganda adu domba itu elok sangatlah mengambil iktibar supaya serasi dengan anugerah tersebut.”dakwa blog itu.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts