Pendedahan
WikiLeaks berhubung pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah seperti yang
didedahkan pihak media perlu diberi perhatian serius kerana membabitkan
keselamatan negara.
Exco
Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim mengesa pihak
berkuasa menjalankan penyiasatan segera terhadap pendedahan itu dan
perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terbabit dan
tidak boleh dipandang remeh.
“Sudah pasti
mereka tidak akan mengaku terhadap apa yang didedahkan itu, namun kita
perlu menjalankan siasatan, perkara ini bukan dilakukan oleh media
tempatan, ia dilaporkan media luar yang tidak ada kena mengena dengan
kita di sini.
“Perkara ini
membabitkan keselamatan negara, pihak berkuasa perlu bertindak tegas
dan buat siasatan terperinci, jangan biar perkara itu mengugat
kestabilan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam suasana untuk
menghadapi pilihan raya,” katanya kepada UMNO-online ketika diminta
mengulas laporan media berhubung pendedahan WikiLeaks yang membabitkan
Anwar.
bersambung : sila baca di sini
No comments:
Post a Comment