TB tidak terperanjat dengan pengakuan bapa Saiful ini kerana apa juga boleh berlaku dalam politik sekarang ini dengan Anuar Ibrahim yang boleh membeli apa saja dan mengausai apa saja untuk merealisasikan angan angan beliau.
Kemungkinan bapa Saiful tidak mahu memperjudikan nasib keluarga mereka apabila memikirkan Pakatan Rakyat kemungkinan boleh merampas Putra Jaya seperti yang digembar gemburkan oleh pembangkang khususnya Anwar sendiri.
Apa akan terjadi kepada keluarga ini sekiranya benar PR menguasai Putrajaya dan Anuar menjadi Perdana Menteri ????
lebih baik selesaikan saja isu ini dan terima saja lah berapa juga imbuhan yang lumayan kerana kerajaan BN bukan sezalim yang kita ketahui. Tetapi kalau Anwar menangh , tak cukup tanah Saiful dan keluarga nari nanti.
Settelkan isu ini dan buat pengakuan menjelang PRU13 dan ianya akan menjadi senjata untuk menumbangkan BN dan Saiful akan terselamat. Selesaikan kemelut ini , jangan buat rayuan, keluarga Saiful tidak perlu ibimbang lagi , siapa saja yang menang PRU 13 , Saiful tidak lagi bimbang akan keselamatan nya dan keluarga nya. Kehidupan mereka juga akan berubah menjadi lumayan.
Bala , Deepak semua sudah kaya cuma Dato' Eskay saja yang belum dapat di beli bersama Nalakaruppan. Itu sebab mereka ini tidak disaman. Jangan terperanjat jika Dato' Eskay dan Nala juga akan membuat pengakuan, semuanya konspirasi.
Hina betul ayahg Saiofuk ini . sanggup menjadi saksi bahan liwat dan melihat anaknya bersumpah dan kemudian mengakui konspirasi , jika benar BN bayar kerana konspirasi , bermakna mereka ini kemaruk . Makan dua kolam dan sanggup gadaikan maruah keluarga.
Tapi rakyat tahu dan tidak akan mempercayai ini. Pengakuan ini tidak akan membawa kepada penyokong BN lari lompat masuk PR dan tidak akan membawa yang diatas pagar lompat menyokong PR juga. Kata apa saja semua UMNO dah lali dengan semua tuduhan yang dibuat oleh pembangkang.
Kini bapa Saiful ada lah wira Pakatan Rakyat. Beliau bakal disanjung oleh ahli dan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Jangan usik bapa Saiful, mereka akan pertahankan Saiful. BAPA SAIFUL kini HERO PEMBANGKANG. ]
Bapa Saiful akan diheret berkempen ke semua pelusuk dunia sebagai wira PAS. Unit Amal PAS akan mengawal Saiful. TB kagum dengan Bapa Saiful yang sanggup bermain dengan sumpah laknat di dalam masjid sambil memegang Al Quran dan sanggup menjadi kebencian pembangkang sekian lama dan kini menjadi wira bangsat . BANGSAT BETUL KAMU BAPA SAIFUL. Memang patut jika kau diludah ....
aku edit semula dari tulisan asal yang mana aku sangka Saiful juga terlibat.
Bapa Saiful akan diheret berkempen ke semua pelusuk dunia sebagai wira PAS. Unit Amal PAS akan mengawal Saiful. TB kagum dengan Bapa Saiful yang sanggup bermain dengan sumpah laknat di dalam masjid sambil memegang Al Quran dan sanggup menjadi kebencian pembangkang sekian lama dan kini menjadi wira bangsat . BANGSAT BETUL KAMU BAPA SAIFUL. Memang patut jika kau diludah ....
aku edit semula dari tulisan asal yang mana aku sangka Saiful juga terlibat.
LIWAT II : Bapa Saiful dedah hanya konspirasi. Pak Cik Kayo.
KUALA LUMPUR: Fitnah
Liwat II yang dilempar Umno BN ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd
Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik.
Bercakap semasa sidang media tertutup di sebuah kondominium di Taman
Melati Gombak, Azlan yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk
Johari Abdul mendedahkan, fitnah membabitkan anaknya itu adalah satu
konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.
Beliau yakin dan percaya bahawa anaknya (Saiful) telah dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej dan maruah Anwar.
Katanya lagi, Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.
Kata Azlan, pihak yang dinamakan itu merupakan dalang kepada semua
fitnah liwat yang dilakukan terhadap nwar Ibrahim dalam kes yang
membabitkan Saiful Bukhari.
Mengulas lanjut, Azlan yang
sebelum ini turut mengikuti perjalanan perbicaraan kes Anwar-Saiful
berkata, tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan
Anwar kali kedua.
Kata Azlan, pendedahan itu dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah.
Dakwanya lagi, segalanya dirancang dengan begitu rapi dan ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.
Sambil menyatakan beliau tidak mahu bersekongkol dalam kes itu, Azlan
berkata beliau merasakan ada yang tidak kena sejak empat tahun
mengikuti perbicaraan bersama peguam.
Katanya lagi, terdapat
dalang dalam kes ini dan beliau juga bersedia ke mahkamah jika
diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.
“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.
Ini saya tulis sebelum membaca blog papagomo.
Ini saya tulis sebelum membaca blog papagomo.
Kenyataan Media - Saiful Bukhari Minta Anwar Ibrahim Jangan Main Politik Jijik Beli Ayahnya
Friday, March 8, 2013
KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya.
Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik
makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan
bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya
akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala
keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya
lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan,
dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang
saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak,
jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam
mencapai matlamat beliau.
4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap
benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk
kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg
menjadi mangsa.
7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.
9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat
musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah
terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.
Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar
(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)
Psssttt..... Hebat Anwar Ibrahim, dulu Liwat Saiful sekarang Liwat bapak Saiful pulak.
No comments:
Post a Comment