Wednesday, March 20, 2013

EKSKLUSIF! 4 KALI DITANYA TENTANG HOMOSEKSUAL & BISEKSUAL TAPI APAKAH JAWAPAN ANWAR IBRAHIM?

sumber : Dr MiM
Jika anda ditanya satu soalan yang sangat mudah iaitu sama ada anda Homoseksual atau Biseksual, hanya 2 jawapan sahaja yang mahu kita dengar : Ya atau Tidak.
Tetapi berlainan dengan Anwar!

Temuramah di dalam video di bawah menyebabkan kita amat ragu dengan Anwar. Soalan yang sama terpaksa ditanya sebanyak 4 kali tetapi Anwar tidak menyawab Ya atau Tidak.

Sebaliknya, beliau putar belit menceritakan 'bulan dan bintang' dan masih tidak menjawab soalan pokok yang ditanyakan.

Kenapa begitu susah untuk Anwar mengaku Ya atau Tidak?

Sepatutnya, sebagai seorang Muslim dan berkedudukan tinggi di dalam politik, beliau sepatutnya menjawab TIDAK dan kemudiannya baru bercerita tentang apa sahaja yang beliau fikirkan. 
Tambahan pula, sidang temuramah itu adalah tempat yang terbaik untuk beliau menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam aktiviti songsang sebagai seorang penganut Islam. 

Keengganan beliau menjawab Ya atau Tidak itu mengundang curiga dan sudah pasti menimbulkan syak wasangka kepada beliau.

Anda lihat video menarik di bawah :

Video : 4 kali ditanya tetapi Anwar tidak menjawab Ya atau Tidak

Malah, kenyataan beliau yang mendakwa pendakwaan terhadap beliau gagal menyabitkan beliau dengan aktiviti songsang padahal keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini menyatakan yang sebaliknya!

Perkara ini bukan 'konspirasi politik' atau sebagainya tetapi keputusan Mahkamah Tinggi seperti laporan blog AIDC di bawah :
Dalam rumusan keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut “…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."


Maksudnya,kami menemui bukti untuk mengesahkan perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku. 
Namun Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dan Sukma dengan keputusan majoriti 2-1 kerana terdapat keraguan dari segi tarikh sebenar kejadian tersebut dan wujudnya eleman ‘suka sama suka’ di mana saksi utama, Azizan Abu Bakar didapati melakukan aktiviti homoseksual secara sukarela dengan Anwar dan Sukma pada tarikh dan tempat yang didakwa di mahkamah. seterusnya
Jika anda melihat video di atas dan keputusan Mahlamah Tinggi, apakah anda sendiri tidak berasa curiga dan sangsi dengan orientasi seksual pemimpin tertinggi Pakatan pembangkang ini?

Dan jika soalan cepumas ini ditanya semasa sidang akhbar, MiM rasa kita semua tahu jawapan Anwar iaitu 'jika U ulang I saman U'!

Anwar disarankan supaya menjawab soalan-soalan yang timbul untuk membersihkan nama beliau.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts