KUALA LUMPUR 7 Mac - Walaupun beratus-ratus
laporan polis dibuat berhubung kenyataannya mengaitkan pencerobohan di
Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara UMNO', Tian Chua (gambar) tetap
dengan pendirian enggan memohon maaf kepada UMNO.
Malah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menafikan
beliau pernah membuat kenyataan tersebut meskipun turut dilaporkan dalam
portal propembangkang KeadilanDaily.com.
Beliau juga bertegas menyifatkan dakwaan menghina pasukan keselamatan
itu adalah fitnah dan pembohongan jahat pemimpin-pemimpin Barisan
Nasional (BN) terhadapnya.
Dalam masa sama, beliau memberi amaran kepada penulis blog supaya
berhenti menyiarkan berita palsu yang mendakwanya pernah berucap di
Puchong dengan menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan sebagai
'Komando Mati Katak'.
BILA RAKYAT MULA LOYA: KESAN BOOMERANG PROPAGANDA ‘SEPESEN’ PKR
-
Selepas kalah teruk dalam PRN Johor, akibat kempen agresif memaki hamun dan
menghina orang lain, PKR mengubah strategi media mereka dengan tema
"Mengang...
1 week ago

No comments:
Post a Comment