Wednesday, March 6, 2013

Kementerian Luar diminta desak Filipina ekstradisi Jamalul Kiram

Pelbagai pihak semalam meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokongan melalui beberapa kenyataan.

“Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan,” kata-nya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina meng-ekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, untuk dibicarakan di mahkamah ne-gara ini.

Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnya bersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskan undang-undang dikaji terlebih dahulu.
“Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlu main peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undang antarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat,” katanya.

Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itu mengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat dan ini tidak boleh diterima.

“Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat soko-ngan daripada Jamalul Kiram dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota polis walaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding,” jelasnya.

Dekan Kolej Undang-undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed pula berkata dari sudut hubungan diplomatik, Kerajaan Malaysia boleh meminta Kerajaan Filipina meng-ekstradisi Jamalul Kiram.

Dalam pada itu, Presiden Persa-tuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) Datuk Mohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undang antarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi. — Bernama

JOIN FAN PAGE SAYA UTK BERITA MUTAKIR POLITIK TANAH AIR : KLIK DAN KLIK LIKE.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts