Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal agenda di sebalik Ketua
Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai
keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah
sebagai 'syahid dunia'.
Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu
itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada
6 Mac.
Perdana menteri berkata Jawatankuasa Fatwa telah menyatakan anggota
keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong
dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan
nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.
"Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak
bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda
sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang
yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno.
"Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang
melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara
sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu
politik masing-masing," katanya pada majlis penyerahan surat tawaran
menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan
Yayasan 1MDB di Putrajaya,Isnin.
Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah
dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan
bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah.
"Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam
dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan
senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin
melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti
akan berlaku.
"Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula
puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada
masa itu wajib kita tentang mereka.
"Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi
peluang untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan
mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan
nyawa, harta, tanah dan negara kita.
"Ini prinsip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun," katanya
Ukamak2 PAS memang telah mendahului ketetapan ALLAH SWT dalam menentukan SYURGA dan NERAKA bagi maanusia dan dapat mempastikan Syahid atau tidaknya seseorang!
ReplyDelete,Walau pun ISLAM datang melalui Wahyu ALLAH melalui Muhammad SAW,mereka masih mendabik dada yang PAS itu Islam,dan Islam itu PAS walhal PAS hanya sebuah parti politik yang didaftarkan dibawah perundangan negara melalui ROS.