Friday, March 22, 2013

Lim Guan Eng cakap pakai Bontot tak pakai otak atas dasar busuk hati !!

Pakatan: 'Pemimpin korup tak boleh lari'
NUR FARHANA ABDUL MANAN
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
PUCHONG – “Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan,”demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat ‘curi’ harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

Katanya, ‘pemimpin’ dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara.

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa  lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali  dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,”katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.
Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya PR memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

Jelasnya, Barisan Nasional (BN) dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya PR menang besar PRU akan datang.

“Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan...rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak dicuri,”katanya.

Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di Johor dan PR mempunyai peluang besar ke  Putrajaya.
Petikan Sinar Harian

1.Lim Guan Eng bercakap diatas dasar balas dendam dan busuk hati mahu menghukum semua pemimpin Barisan Nasional. Ini bermakna mereka menang untuk membalas dendam.

2. Jika  keputusan di umumkan , bukan terus serta merta kerajaan diserahkan kepada Pakatan Rakyat. Ada peralihan kuasa. 

3. Dah tentukah Pakatan Haram ini mahukan Anwar jadi Perdana Menteri atau hanya gula gula saja, takut takut dia orang yang pertama merebut jawatan itu dari Anwar Ibrahim dan jadi penghalang kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

4. Sebaiknya Najib yang keluarkan arahan sebelum PRU 13 agar si kaki jubo itu tidak dpat lari sebab banyak kes yang menunggu termasuklah kamu Lim Guan Eng,

TB.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts