Thursday, March 28, 2013

MB: Adun perlu terus berkhidmat kepada rakyat walaupun Dun terbubar

Mohamad Hasan
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
 
SEREMBAN - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), negeri ini perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran DUN secara automatik, esok.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya 2008 lalu tamat, mereka masih boleh  menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.

"Walaupun tempoh Adun sudah berakhir tidak bermakna mereka tidak boleh meneruskan khidmat kepada rakyat. Mereka boleh berbuat demikian  mungkin bukan sebagai Adun tetapi sebagai pemimpin masyarakat.

"Mungkin pusat khidmat Adun tidak lagi sesuai tetapi kita di Barisan Nasional masih ada pusat khidmat parti yang memberi khidmat kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau yang juga Adun Rantau berkata semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah  rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.

Sementara itu Adun Klawang Datuk Yunus Rahmat berkata sama ada bergelar 'Yang Berhormat' atau tidak, selaku anggota dan pemimpin dalam parti politik, khidmat terhadap rakyat perlu diteruskan.

Katanya jika ia tidak diteruskan hanya kerana status 'Yang Berhormat' telah tamat, ia mungkin akan mendatangkan kesulitan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

"Sepanjang terlibat dalam politik saya pernah menjadi anggota Parlimen dan Adun dan beberapa penggal tidak ada jawatan itu, tapi saya tetap meneruskan khidmat kerana itu memang tugas orang politik," katanya.

Bagi Adun Labu Datuk Hashim Rusdi pula khidmat terhadap rakyat walaupun selepas pembubaran DUN tidak ada bezanya kerana tanggungjawab itu sudah sebati dalam dirinya.

"Kita sebagai bekas wakil rakyat pun perlu meneruskan khidmat kepada rakyat kerana rakyat sudah mengenali kita sebelum ini sebagai wakil mereka," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts