Friday, March 15, 2013

PM Bubar Parlimen Hari Ini atau Minggu Hadapan?

kunan



Apakah Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen esok, hari jumaat 15 Mac 2013? Walaupun tarikh ini popular bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan pada cuti sekolah hujung Mac ini namun tanda-tanda tersebut tidak begitu jelas. 

Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan andaian DUN Johor akan terbubar secara otomatik pada 21 Mac 2013. Ramai orang terkeliru dengan maklumat yang tersebar di ruang siber bahawa DUN Johor akan terbubar pada 21 Mac 2013. Sebenarnya DUN Johor akan terbubar pada 21 April 2013 kerana itu merupakan tarikh angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan juga merupakan persidangan pertama DUN Johor. 

Bagaimanapun DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya pada 27 Mac 2013 kerana sidang pertama DUN tersebut ialah pada 26 Mac 2013.

Sungguhpun Mohd Najib mempunyai masa sehingga 28 April 2013 untuk membubarkan Parlimen, sudah tentu beliau tidak mahu mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang membiarkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sebelum Parlimen dibubarkan. 

Secara logiknya Mohd Najib akan membubarkan Parlimen sebelum 27 Mac 2013. Jika benar desas-desus bahawa Perdana Menteri telah menetapkan hari jumaat sebagai hari pembubaran Parlimen, ini bermakna beliau hanya mempunyai dua hari lagi sebelum Dewan Undangan Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya iaitu pada hari ini 15 Mac 2013 atau pada minggu hadapan 22 Mac 2013.

Bagaimanapun Mohd Najib boleh sahaja meminta Negeri Sembilan membubarkan DUN terlebih dahulu tetapi tarikh penamaan calon dan pilihan raya diseragamkan dengan Parlimen. Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa sehingga 60 hari untuk menyempurnakan proses pengundian apabila sesuatu DUN atau Parlimen dibubarkan.

Berikut senarai pembubaran DUN secara otomatik pada 2013 – Negeri Sembilan 26 Mac, Melaka dan Johor pada 21 April 2008, Selangor (22 April) dan Perak (25 April), Kedah dan Sabah 5 Mei, Terengganu (7 Mei) dan Pulau Pinang (2 Mei).

Kemungkinan besar Parlimen Malaysia akan dibubarkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak ialah pada Jumaat 5 April 2013 iaitu selepas LIMA 2013. Jika ini berlaku maka Negeri Sembilan akan mencatatkan sejarah sebagai negeri pertama yang mempunyai tempoh sidang DUN yang sama dengan Parlimen, membubarkan Dewan Undangan Negeri sebelum Parlimen. Tarikh pilihan raya?
sumber

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts