Sunday, March 17, 2013

Rakyat Perlu Tunjuk Semangat Patriotisme Dalam Soal Keselamatan Dan Kedaulatan Negara - Najib (Jangan Marah Anthony Loke, tenguk lah sendiri banyak mana Kaum Cina Ynag datang??)

SEREMBAN, 17 Mac -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu bersatu padu dan menunjukkan semangat patriotisme dalam soal menjaga keselamatan dan kedaulatan negara seperti dalam insiden pencerobohan pengganas di Sabah.

Perdana Menteri berkata walaupun kedudukan kawasan pencerobohan di Lahad Datu terletak amat jauh dari kawasan lain, namum ia merupakan sebahagian dari Malaysia yang mana turut memberi kesan kepada rakyat secara menyeluruh.

"Kalau ada apa-apa yang berlaku di sana sedikit sebanyak boleh menjejaskan kepentingan kita. Oleh itu kita semua perlu memainkan peranan kita untuk menyokong pasukan keselamatan kita," katanya semasa berucap pada majlis makan malam bersama masyarakat Cina Negeri Sembilan di padang Majlis Perbandaran Seremban, di sini, Sabtu.

Antara yang hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Berucap di hadapan kira-kira 35,000 hadirin pada majlis itu, Najib berkata dalam soal menjaga keselamatan dan kedaulatan negara juga, tidak ada bezanya peranan yang boleh dimainkan oleh setiap anggota masyarakat walaupun terdiri daripada berbilang kamum dan agama.

Terdahulu, Najib menerima cek sumbangan kepada Tabung Wira Negara daripada lebih 200 badan bukan kerajaan dan persatuan masyarakat Cina Negeri Sembilan termasuk orang perseorangan yang keseluruhannya berjumlah RM720,000.

Najib berkata sumbangan yang amat besar ini jelas menunjukkan semangat patriotisme tinggi di kalangan masyarakat Cina yang menunjukkan sokongan terhadap pengorbanan pasukan keselamatan di Lahad Datu.

Beliau mengingatkan rakyat bahawa negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil untuk memimpin bagi menjamin kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Katanya sekiranya negara dipimpin oleh sebuah kerajaan yang lemah dan tidak mampu menjamin kestabilan, ia boleh mengundang pelbagai masalah seperti rakyat, pelabur dan peniaga hilang keyakinan.

Perdana Menteri juga menafikan kenyataan pembangkang yang mendakwa kerajaan sedia ada perlu diubah dengan sebuah kerajaan baharu kononnya bagi negara mencapai kestabilan dan kemajuan yang lebih baik.

Katanya jika negara diubah secara mendadak tanpa perancangan yang rapi ia belum tentu menjamin kestabilan dan adalah lebih bijak jika negara melakukan perubahan menerusi dasar transformasi yang telah dirancang rapi seperti dilaksanakan kerajaan BN hari ini.

Najib berkata sejak gagasan 1Malaysia dan dasar transformasi diperkenal empat tahun lalu banyak kejayaan telah dicapai atau dikecapi rakyat dan negara.

Beliau berkata kejayaan yang lebih besar menanti jika rakyat dapat memberikan mandat yang lebih kuat kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

-- BERNAMA 
















No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts