Tuesday, March 12, 2013

AZLAN (BAPA SAIFuL) SETIDAK TIDAKNYA BERLAKONLAH SEPERTI WAN AZIAH DAN NURUL IZAH !!!

Setiap malam aku akan duduk disebelah anak lelaki ku yang bongsu  sekurang kurangnya 5 minit untuk  aku akan renung wajahnya yang sedang tidur keletihan seharian di sekolah. Hati aku selalu berbual dan mengucapkan kata kata indah walaupun aku hanya menterjemahkannya melalui usapan kerambut dan ciuman hakus ke wajahnya kerana aku tidak mahu dia terjaga. Tapi aku tahu dia merasakan sentuhan kasih sayang ku.

" Pandai anak ayah, ensem nya anak ayah , nanti bila besar jadi lah anak yang solih dan jaga ikatan saitulurahim dengan kakak kakak, jaga kakak jaga ibu kalau ayah tiada." itulah selalu ungkapan yang aku selalu bisikan ke telinganya setiap malam.

Bagi aku dia lah segala galanya dan bagi ku anak adalah anugerah terbesar dan anugerah terbesar Allah swt yang tidak adatandinganya dan tidak boleh diukur dan tidak ada nilainya untyuk dibandingkan dengan kasih sayang yang kita nikmati. Anaka adalah segala galanya dan adalah sebahagian daripada nyawa dan kehidupan bagi kita.

Sebagai seorang ayah aku merasa sedih dan aku dapat merasakan betapa Saiful Bahari rasa apabila ayahnya sanggup menikam dirinya dari belakang, dimana ayahnyasepatutnya menjadi benteng terakhir sebagai perlindungan buat nya.

Sukar untuk mempercayai seorang ayah sanggup memihak kepada orang yang meliwat anaknya. setidak tidaknya  percayai kepada anaknya anak darah dagingnya. Kuasa apakah yang membuat  seorang ayah boleh dan sanggup menikam hati dan kasih sayang seorang anak yang didukung dan dimanja dibelai dari kecil . Kuasa apakah yang telah memisahkan dan memusnahkan kasih sayang seorang ayah terhadap seorang anak dan membiarkan anak nya menanggung malu dan memihak kepada musuh anaknya. 

Aku tidak boleh bayangkan, bagaimana aku memihak kepada musuh anak aku dan mengaibkan anak aku yang aku cium dan belai dan aku kasihi. Anak adalah anugerah dan amanah yang paling besar Allah SWT berikan kepada kita. Anak adalah segalanya dan rezeki untuk kita.  Tidak hairan seorang ayah dan seorang ibu sanggup mati untuk menjaga anak nya. Seorang ayah dan seorang ibu tidak akan memalukan anak nya. Kuasa apakah yang merasuk seorang ayah berpihak kepada musuh anaknya. Kuasa apakah yang membuat seorang ayah sanggup mengaibkan anaknya sendiri.

Setidak tidaknya berlakunlah jadilah seperti Wan Azizah dan Nurul Izzah kalau tidak percaya sangat. Bukan tampil buat "press confrence" dan bagi tahu seluruh alam bahawa anak aku penipu , anak aku jahat. anak aku dipergunakan. Kuasa apakah ini yang membuat ayah Saiful  Bahari jadi gila. Kuasa apakah yang membuat Azlan begitu gila sekali menentang anak nya.

Oleh: TepakBersulam





No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts