Dewan
Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan terbubar automatik pada 28
Mac iaitu Khamis ini dan bukannya pada esok seperti dilaporkan sebelum
ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, sebelum ini terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan DUN
yang menurut Fasal 56 (3)
Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan,
menyatakan Dewan Undangan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh
mesyuarat yang pertama kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan
terlebih dahulu.
"Masalahnya ialah bagaimana untuk menentukan tempoh lima tahun itu
bermula atau telah tamat. Jadi dalam hal ini kita guna Akta Interpretasi
1948 dan 1967 (Akta 388)".
Bernama melaporkan beliau berkata pengiraan waktu itu dibuat mengikut Seksyen 54 (1) akta itu.
"Ini bermakna bila kita mengira waktu atau tarikh bermulanya bila,
dalam akta ini hari kejadian itu tidak dikira sebagai hari bermula
sebaliknya hari esoknya," katanya dalam sidang media di kediamannya di
Seremban,Isnin.
Katanya, jadi dalam hal pembubaran DUN secara automatik ini, hari
kejadian atau hari wakil rakyat mengangkat sumpah iaitu pada 27 Mac 2008
tidak dikira sebagai hari pertama DUN berjalan sebaliknya keesokan
harinya iaitu pada 28 Mac 2008.
"Jadi dengan itu umur DUN kita akan sampai pada 27 Mac 2013 pada 12
tengah malamnya, genaplah lima tahun dan akan terbubar pada Khamis iaitu
28 Mac 2013 dan kerajaan sementara akan tertubuh.
"Jadi jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu
membubarkan DUN berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah
Fasal 56(2) maka tarikh akhirnya adalah 27 Mac ini," katany
No comments:
Post a Comment