Monday, March 4, 2013

Harakah pohon simpati rakyat membela Anwar.

kata harakah akhbar penipu :
Seperti sudah menjadi tradisi bagi Umno BN apabila berlaku sahaja sesuatu perkara buruk, maka yang dituding mereka sebagai dalang atau penyebab adalah seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Lihat sahaja sebelum ini, bermacam-macam tuduhan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang yang pernah mencetuskan reformasi ketika dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Tuduhan "Anwar agen yahudi", "Anwar pro-Israel", "Anwar petualang bangsa", "Anwar......" bukan baru setahun dua di dengar, malah sejak beliau dipecat dari kerajaan dan dianggap musuh utama oleh Umno BN.

Dan terbaru dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia, sekali lagi Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Kali ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh 'dalang' kepada pencerobohan.

Dikatakan kumpulan penceroboh yang juga pengikut Sultan Sulu itu datang kononnya 'atas ajakan' Anwar Ibrahim.

Kumpulan yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III didakwa datang kerana menuntut janji dari sekutu Anwar ke atas tanah Sabah.

Selain menafikan tuduhan karut itu, Anwar melalui peguamnya hari ini telah menghantar notis
tuntutan maaf kepada Utusan dan TV3, memohon kedua-dua media pro Umno itu menarik balik tuduhan dan menyiarkan permohonan maaf kepadanya dalam masa 24 jam.

Gagal bebuat demikian dalam tempoh ditetapkan, TV3 dan Utusan masing-masing berdepan saman RM100 juta.

***Bukan kah itu semua nya stau kebenaran. Yang seronok nya kenapa harakah tak persoalkan apabila Anwar  pula menuduh semuanya UMNO.  kenapa Harakah tak sebut isu liwat dan pelacur  Cina, yang mana Abwar juga yang terlibat . takut ke nak tulis pasal liwat dan pelacur  Cina. Sudah lah harakah. Napa Anwar Tak saman akhbar luar negara ????

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts