|
Googel memaparkan gambar ini sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman |
LAHAD DATU: Polis kini mencari seorang individu dikenali sebagai
Datuk Seri Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung
pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, baru-baru ini.
Individu terbabit yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al
Ehsan Islamiah Malaysia berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai
mempunyai maklumat penting mengenai percerobohan itu.
Justeru, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta individu
terbabit menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
Ridzwan supaya tampil membantu polis di mana-mana balai polis
berhampiran.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.
http://bradermansuh.blogspot.com/
ReplyDeleteMohon admin pautkan link blog brader di blog tuan... Sama2 berjuang....