Monday, July 2, 2012

::PANASSS:: Tengku Harmy patik merayu jangan pentaskan nama baik Almarhum Tuanku Jaafar di pentas politik - Al fatihah padiah buat Almarhun Baginda

Tiba tiba saja  DIA MUNCUL MENGHANGATKAN NAMA KERABAT DI RAJA NEGERI SEMBILAN DI PENTAS POLITIK. Ramai mungkin tidak percaya kerana perangainya tidak melambangjan  seorang yang berdarah raja maki dan hamun UMNO dan KERAJAAN lebih dari orang yang tidak bertemadun di pentas pentas  ceramah politik.

Yang  ramai kesalkan apabila Tengku Harmy mengaitkan cerita dengan nama  Almarhum Tuanku Jaafar yang telah mengkat dipentas pentas politik untuk mempopularkan cerita cerita ceramahnya.
Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun, patik merapat sembah kepada DYMM Yang dipertuan besar Negeri Sembilan  dan bukannya kepada  YM Tengku Harmy bin Tengku Harnan. Patik terpaksa menulis  demi mempertahankan kedualatan DYMM Almarhum Tuanku Jaafar , Yang DiPertuan Besar patik dari dipersendakan di pentas pentas politik  berterusan oleh Tengku Harmy.

Adalah sunguh tidak baik  dan amat menyedihkan apabila Tengku Harmy menjaja nama Almarhum Tuanku Jaafar yang telah mangkat dengan menceritakan perihal perihal yang pernah berlaku yang tidak kita pasti sama ada ianya benar berlaku ataupun hanya mungkin rekaan Tuanku Harmy sahaja.

Carilah modal lain jika mahu berpolitik sekalipun. Jangan lah diulangi ulangi bahawa Almarhum dipaksa oleh kerajaan sedang dalam hayat Alamarhum tidak pernah pun baginda meluahkan barang sepatah kata tentang perihal ini. Impaknya amat besar kepada nama baik Almarhum. Patik merayu agar Tengku hentikan mempergunakan nama Almarhum baginda.

Adalah lebih bersopan jika Tengku Harmy tidak mengheret nama Alamrhum Tuanku Jaafar dalam ceramah ceramah politik beliau kerana akan memberikan  satu implikasi yang tidak baik terhadap Almarhum. Adalah sesuatu yang sangsi bahawa Alamarhum pernah berkata dia pernah diugut oleh mana mana menteri ketika hayatnya. Ini adalah kata kata dari Tuanku yang kami sangsi kebenaranya kerana selama hayat baginda tidak pernah kami mendengar rungutan baginda mengenai isu ini.Jika ini benar sekali pun  itu adalah hak baginda  dan tidak perlu Tuanku jaja dikhalayak ramai kerana Alamrhun telahpun meninggalkan kita pulang kerahmatullah dengan tenang,

Adalah lebih baik Tuanku menanggalkan serban yang sebakul dan jubah serta potong saja janggut itu bila rasa mahu  memaki hamun UMNO DAN KERAJAAN  kerana ianya memberi impak yang besar kepada alim ulamak Islam berdasarkan pakaian Tuanku. Pakai saja seluar pendek dan T Shirt. Maki lah  beberapa lori yang Tuanku suka.

Biarlah Almarhum bersemadi dengan tenang dan kita padiahkan Al fatihah kepada Roh  Almarhum Tuanku Jaafar semoga ditempatkan bersama sama orang yang solih.. Adalah sungguh tidak sopan jika nama beliau dikaitkan dengan isu isu politik dipentas pentas fitnah PAS hanya untuk mencari keuntungan peribadi dan juga pengaruh untuk mempopularkan Tuanku Harmy.

Apa sebenarnya yang Tuanku tidak berpuas hati sehingga menghina mencaci dan mencarut di depan rakyat jelata di pentas pentas ceramah .Mungkin Tuanku ingat semua rakyat suka bila mendengar carutan dan penghinaan Tuanku kepada UMNO dan Barisan Nasional. Tuanku perlu faham bukan semua orang sokong PR . Ramai yang sokong UMNO dan BN dan mereka ini adalah mereka yang tergores hati mereka dengan hinaan dan cercaan Tuanku.

ALHAMDULILLAH KERANA PIHAK ISTANA SUDAH MENGELUARKAN SURAT  KLIK SINI MENGHALANG TUANKU MENGGUNAKAN NAMA SEPUPU DYMM TUANKU MUHRIZ.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts