Bila Ketua Puteri UMNO Dato' Rosnah Shirlin memandang positif cadangan perlaksanaan hudud jika ianya dilakukan dengan teliti dan sempurna, Nik Aziz mula pening lalat kerana Hudud kini menjadi isu yang amat sensitif bagi PAS dan jika boleh pemimpin PAS langsung tidak mahu menyebut mengenai Hudud ini takut saudara mereka DAP akan tersinggung.
"kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberikan kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ianya adalah hukuman yang memiliki banyak cabang. " namun katanya lagi teori dan pelaksanaan perlu diperhalusi kerana tidak mahu pelaksanaan tidak sempurna kerana ini soal hukum Allah SWT.
Beliau mengulas mengenai cadangan wanita UMNO Bahagian Kepala Batas dan sebelum ini seorang Wakil Rakyat dari Johor telah menyuarakan mengenai pelaksanaan hukum Hudud.
"Hukum hudud adalah sebahagian kanun jenayah Islam yang merupakan syariat ALLAH. Hukum ini wajib di junjung, diamalkan serta dipertahankan setiap Muslim dan Muslimat. Pelaksanaan hukum Hudud tidak perlu dipolitikkan."
"Umat Islam wajib menyokong tanpa mengira parti dan menjauhi diri dari membuat ulasan negatif atau memukul gendang sumbang yang membayangkan pelbagai keraguan dan usaha pertama yang harus dilakukan adalah membina semula keruntuhan akidah."
TB :::: rasa terduduk dan tergolek golek Nik Aziz mendengar ini. Jangan politikkan hudud dan UMNO bukan tolak Hudud seperti yang dipolitikkan oleh Nik Aziz. UMNO mahu Hudud tapi perlu lebih bersedia untuk melaksanakan nya. PAS sekarang langsung tidak berani bercerita pasal Hudud.
N.Ajis tak perlu risau. Beliau cuma perlu barsabda dgn ulang cakap Hadi boroi " Hudud hanyalah 0.001 dalam Islam.." Maka terbongkok2lah puak2 Khawarij PAS menghangguk2 kepala mereka hingga dagu menyentuh lantai sambil bertakbir.
ReplyDeletejangan harap LiPas nak buat.....kat kelantan pun senyap je dah lebih 20 tahun....sama dengan kedah.....tak apa pun....sama je....lepas tu bila berceramah kata hudud ditolak oleh BN.....so diaotang tu tak tolak ke ?
ReplyDelete