Friday, July 27, 2012

Di Bulan Ramadhan Ini Bertaubatlah Wahai Melayu Ahli DAP.

keldai dap
Democratic Action Party (DAP) nampaknya sudah terlalu terdesak dalam usaha mereka untuk dilihat sebagai sebuah parti yang tidak rasis. Namun begitu bak kata pepatah melayu lama “bangkai gajah walau kalau ditutup dengan daun pisang akan tetap berbau busuk”. Pelbagai cara dilakukan oleh DAP untuk meneruskan usaha mereka supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara rasis seperti Singapura.
Pada 14 Julai 2012 lalu telah diadakan satu program yang bertajuk “Pesta Lagu Jalanan” untuk menarik perhatian golongan remaja dan belia yang mempunyai bakat dalam seni muzik. Program ini dianjurkan oleh DAP Bukit Gasing dengan kerjasama DAP pusat. Program yang diadakan di Taman Rusa (Laman Majlis Perbandaran Petaling Jaya) ditujukan kepada anak-anak muda berbangsa Melayu.

Nampaknya ketua-ketua DAP telah sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, cita-cita jahat mereka untuk menumbangkan Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu tidak akan kesampaian. Untuk menjayakan cita-cita mereka, anak-anak Melayu perlu mereka “tarbiah”kan untuk menyertai dan menyokong perjuangan haram DAP.

Namun begitu, apa yang menyedihkan ialah keterlibatan sejumlah kecil orang Melayu dalam DAP seolah-olah melukut ditepi gantang. Tetapi kejayaan kerana dapat menarik Melayu yang sedikit ini dicanangkan oleh semua pembesar DAP untuk membuktikan bahawa mereka tidak rasis dan perjuangan mereka bersifat nasionalis.


Sungguhpun kehadiran pengunjung dari kalangan anak-anak Melayu pada majlis tersebut amatlah sedikit, realitinya tetap menghiris hati kerana ini membuktikan bahawa tetap wujudnya anak-anak Melayu yang lupa akan asal usul mereka sendiri.

Lebih menyedihkan lagi apabila penulis mendapat tahu bahawa ketua penganjur untuk majlis DAP tersebut adalah seorang wanita Melayu yang beragama Islam. Untuk pengetahuan pembaca wanita muda berusia 25 tahun itu adalah seorang peguam yang pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara.

Apakah anak-anak Melayu yang menyertai DAP ini sudah hilang harga diri sehingga sanggup menjual maruah agama, bangsa dan keturunan mereka, hanya untuk menyertai sebuah parti yang ingin menghancurkan apa yang saudara seagama dan sebangsa mereka telah bina selama ini.

Tanpa memikirkan implikasi yang akan berlaku kepada masyarakat, anak-anak Melayu yang lupa diri ini terus menerus memberikan sokongan padu kepada sebuah organisasi yang membenci agama dan bangsa ibu bapa mereka.


Penulis dengan ikhlas berharap, sekiranya tulisan ini dibaca oleh orang-orang Melayu yang menyokong perjuangan jijik DAP agar dapatlah bertaubat dengan segera. Di bulan Ramadhan yang mulia ini diharap para penyokong DAP yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dapat ber”muhasabah” dan mengenal erti dan realiti tentang kebaikan dan keburukan setiap perkara yang telah mereka lakukan. Tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia itu kerana ia tidak mendatangkan faedah malah akan menghancurkan apa yang telah dibina selama ini.


DAP adalah satu puak yang membenci Islam dan Melayu sejak dari awal perpecahannya daripada People’s Action Party (PAP) Singapura. DAP tidak akan berhenti selagi Islam itu dipinggirkan dan kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan.

Jangan kita lupa apa yang telah terjadi pada tarikh berdara 13 May 1969 dimana slogan “SAPU MELAYU” dan “MATI MELAYU” dilaungkan oleh Lim Kit Siang. Jangan kita lupa bagaimana orang Melayu disembelih dan dibiarkan mati bergelimpangan dek kerana ketamakkan kuasa DAP.

Dan yang paling penting, jangan kita lupa bahawa selagi Melayu masih berada di tampuk pemerintahan, Parti Rasis DAP tidak akan berehat sehinggalah orang-orang Melayu hanya menjadi hamba abdi mereka.

mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts