Saturday, July 21, 2012

RAMLI MS - ALYAH ???


Selepas masing-masing pernah gagal dalam rumah tangga dan ikatan pertunangan, pengarah muzik terkenal, Ramli MS kini dikatakan menjalinkan hubungan rapat dengan penyanyi lagu Kisah Hati,Alyah.

Sumber memberitahu, baru-baru ini, Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh, 52, mula rapat dengan Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan,30, selepas majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010(ABPBH2010) berakhir di Genting Highlands pada 3 April lalu.

“Berikutan pertemuan di majlis ‘post-party’ itu, mereka bertukar nombor telefon dan saling berhubungan di talian baik sama ada berbual mahupun SMS. Mereka nampak bahagia dan gembira,” kata sumber itu yang enggan dikenali.
Menurut sumber, pada April lalu ada peminat ternampak Ramli dan Alyah muncul di satu lokasi terkenal di Singapura.

Sumber berkata, Ramli ingin membawa Alyah bertemu keluarganya di Singapura dan begitu juga dengan Alyah. Sementara itu, Alyah ketika ditemui di Angkasapuri semalam terkejut dengan gosip sensasi itu, tetapi enggan mengulas lebih mendalam. 

“Jangan salah faham.Kami cuma bersahabat dan Alyah sentiasa hormatkan kebolehan dan kedudukan Ramli. Alyah suka meminta pandangan Ramli berkaitan muzik dan penerbitan lagu. “Kami berjumpa pun atas dasar kerja dan jangan diperbesar-besarkan isu persahabatan kami itu. Mengenai pertemuan di Singapura, ia kebetulan. Alyah pergi beli-belah di sana dan Ramli pula ada urusan kerja. Elok anda minta komen Ramli sendiri,” kata Alyah.


Ni komen dari Ramli MS
-----------------------------

“Saya bukan budak 25 tahun untuk bercakap soal cinta. Saya hanya akan melayani pertanyaan berkisar kerjaya,” kata Datuk Ramli Mohd Salleh (Ramly MS), 52.

Pengarah muzik terkenal itu berkata demikian sewaktu diminta memberikan komen berhubung gosip kini hangat tersebar mengatakan dia menjalin hubungan intim dengan penyanyi lagu Kisah Hati, Noor Hasliah Abu Hasan (Alyah), 30, sebagaimana laporan eksklusif akhbar ini semalam.

Ketika dihubungi semalam, Ramly menegaskan dia tidak berminat memberi kenyataan yang boleh membesar-besarkan gosip itu.

“Saya tidak berminat melayan gosip seperti ini. Setiap kenyataan boleh menambahkan lagi sensasi dan memanjangkan lagi hal ini. Justeru lebih baik saya berdiam diri saja. “Saya mahupun Alyah, kita masing-masing ada keluarga dan sebarang komen hanya akan mengaitkan banyak pihak lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts