MP PKR Halau Isteri : Kisah Benar Yang Memilukan dan Menyayat Hati
Halimah
Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul
Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat
Selangor. Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan
seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan
anak-anaknya.
Bagaimanapun suasana telah berubah
selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam
pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket
PKR.
Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada
masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila
YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang
dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang mak andam.
Sikap suaminya mula berubah dan berlaku
penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu
hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu.
Halimah hidup dalam keadaan tertekan
kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh
yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat.
Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR
Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka.
Zuraida pernah berkunjung ke rumah Halimah di Banting pada 2011. Namun
sekadar hanya meminta supaya Halimah bersabar.
Faizah Ariffin juga mempunyai hubungan
yang baik dengan Zuraidah. Dalam kes ini Zuraidah telah menjadi kapak
dua mata. Dengan Halimah dia minta supaya bersabar dan berjanji akan
menolong. Dengan Faizah pula dia galakkan supaya bernikah dengan
Abdullah Sani atau yang dia panggil Dollah.
Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah
dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand.
Pernikahan
mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.
Selepas bernikah Faizah dengan penuh
lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk
memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.
Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.
Kemuncak kepada krisis Halimah bersama
suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang
lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran
dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak
tidak berapa baik.
Halimah megambil keputusan untuk melawat
bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang
juga ahli parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah.
Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung
dengan menaiki bas ekspress.
Selama seminggu berada di kampung dan
pada hari pertama Ramadhan Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke
rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan
meningkat di bulan puasa dan Halimah memikirkan tanggungjawabnya
terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang
sedang uzur untuk pulang menunaikan tanggungjawabnya.
Dari kampungnya di Changkat Jering Perak,
Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba
di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi
suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah
mereka di Banting.
Namun jawapan suaminya sungguh
mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan,
apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang
bertaraf pemimpin.
Dalam perbualan telefon tersebut, ahli
parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata AKU DAH
HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA
KAU LA.
Apa yang diungkapkan oleh ahli parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalam laporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.
Selepas suaminya enggan mengambilnya di
Klang Sentral , Halimah menghubungi pula beberapa orang anaknya. Mereka
juga enggan mengambil Halimah di Setesen Bas. Akhirnya anak sulung
Halimah datang mengambilnya di stesen bas.Namun apa yang memelikkan
Halimah apabila anak-anaknya menghubunginya dan mengahalang dia dari
pulang ke rumahnya di Banting.
Halimah tetap berkeras untuk pulang juga ke rumahnya di Banting.
Dalam keseluruhan cerita Halimah,
disinilah saat yang amat-amat menyedihkan. Satu perkara yang tak
terfikir dek akal dilakukan oleh seorang suami yang juga seorang wakil
rakyat. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan meremang bulu roma.
Inilah kecelakaan dan haram jadah seorang pemimpin PKR.
Setibanya di rumahnya Halimah terkejut
apabila melihat beberapa barang-barangannya berada di luar rumah. Beliau
masih mampu bersabar. Beliau melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat
ada beberapa perubahan dalam rumahnya. Beliau masih mampu bersabar.
Namun apabila beliau naik ke tingkat atas dan melangkah masuk ke dalam
kamar tidurnya , disinilah bermula peristiwa yang tidak terfikir dek
akal.
Halimah terasa bagaikana dipanah
halilintar apabila melihat cadar tempat tidurnya telah ditukar dengan
cadar milik orang lain. Kemudian apabila dibuka almari pakaiannya lagi
mengejutnya Halimah apabila pakaiannya yang disimpan dalam almari
berkenaan telah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian betina lain.
Apa yang lebih memilukan Halimah apabila melihat pakaiannya yang
dikeluarkan dari almari dan diisi dalam plastik sampah.
Kegembiraan yang dirancang untuk berbuka
puasa bersama keluarga pada 1 Ramadhan hancur luluh buat Halimah. Beliau
turun ke bawah dan kebahagian dapur. Sekali lagi beliau terkejut kerana
melihat terdapat seorang orang gaji didapurnya. Sedangkan sepanjang
hidupnya berumah tangga bersama Abdullah Sani 27 tahun tidak pernah
sesekali pun mereka ada orang gaji.
Di dapur juga Halimah melihat pinggan mangkuknya telah ditukar dan pinggan mangkuk miliknya telah diletakkan di luar rumah.
Dengan hati yang hancur remuk Halimah melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudaranya.
Tidak terfikir dek akal yang waras
bagaimana mungkin seorang suami boleh bawa masuk isteri muda ke dalam
rumah dan ke dalam bilik tidur isteri tuanya disaat isteri tuanya masih
hidup dan mereka belum bercerai.
Mengikut maklumat yang kami dapat, sikap
anak-anak Halimah juga turut dikesali. Kebanyakan mereka telah dewasa
dan dapat berfikir dengan waras. Tetapi oleh kerana sikap pentingkan
diri dan bernafsukan wang, mereka tinggalkan ibu mereka berjuang
terkontang-kanting seorangan.
Mereka selalu berpesan kepada ibu mereka
jangan lakukan itu atau ini kerana nanti abah tak bagi duit. Kepada
anak-anak Halimah, kalian semua tolong ingat, syurga di bawah tapak kaki
ibu. Duit bapa kamu tidak akan membawa kamu ke syurga.
Puan Halimah sekarang sedang berjuang di
Mahkamah Syariah bagi menuntut haknya. Namun beliau tidak ada wang untuk
mendapatkan khidmat peguam. Beliau kini hidup dalam keadaan tertekan.
Sudilah sekiranya ada pihak-pihak pertubuhan wanita atau mana-mana NGO
boleh membantunya.
sumber: SEl13
Mmg betol2 celaka + haram jadah....lelaki macamni mmg xguna...pcyalh,sbb perempuan pasti hidup ko blh merana...isteri di abaikan mcmtu jgn fikir ko xkn dpt balasan...subhanallah...
ReplyDelete.. So.. Aku harap Puan Halimah sedar betapa JAHATNYA PARTI PKR DAN PIMPINAN PKR ni.. AKU yakin Puan Halimah ni dulunya bermati-matian menyokong "perjuangan"(kononnya) suaminya.. KALAU KORANG NAK TAHU.. SEMUA BABI-BABI DALAM PKR BEGINILAH PERANGAINYA.. DARI ANWAR NYA SAMPAILAH KEPADA BERUK2 AMKNYA.. SEMUANYA JAHAT2.. PEMUH DGN HATI2 BUSUK.. AKU BUKAN BUAT ANDAIAN.. I KNOW THIS FOR A FACT KERANA AKU KENAL SEBILANGAN BESAR BERUK2 NI..
ReplyDeletememang lelaki tu babi..pkr babi....
ReplyDeletekita lihat apa akan berlaku lepas pilihanraya kali ini....
ReplyDeletebila hilang taring segala-galanya akan hilang...yg tinggal hanyalah isteri di mahkamah...
ReplyDeleteorang Kuala Langat..sila ingat cerita ni dan humban orang tua gile sex ke longkang...najis sungguh dia ni..
ReplyDelete