Monday, July 16, 2012

Along selalu berdoa agar Ajoi sembuh dan merasakan kehidupan duniawi walau hanya seketika - Amin

Zulli Abu Bakar
Ketentuan Allah swt tidak kita ketahui namun hakikatnya ini lah Qadaq dan Qadar yang perlu aku terima dan perlu keluarga ku terima. Zulli bin Abu Bakar , Adik aku no tiga seorang anak yang pintar sewaktu kecilnya. Dia tidak menduduki darjah tiga sebaliknya terus ke darjah empat kerana  level kepintarannya adalah tahap pelajar darjah empat. Pada masa itu darjah ini di panggil sebagai darjah express. Dia berskolah di ACS Seremban sebelum menghabiskan lower secondary di St Paul.

Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke UITM mengambil kursus Pure Science . Belajar selama dua tahun dan pada satu cuti semester dia telah pulang ke kampung dan pada satu malam tiba tiba dia seolah olah nampak sesuatu dan pada masa itu dia muka bercakap bahasa Siam , sakai dll. Dia telah di masukan ke hospital selama beberapa bulan dan akhirnya bermula lah satu kehidupan sedih di mana dia tidak lagi seperti Zulli Abu Bakar sebelum ini.

Kehidupan yang dilaluinya amat menyedihkan , kehidupan nya adalah dalam satu dunia nya tersendiri. Tiada lagi cita cita dunia, tiada lagi arah tujuan serta hala tuju kehidupan. Bermacam macam  cara ubat telah di buat , bertahun tahun kami berikhtiar, berpuluh tahun lamanya dia terus hidup dalam dunianya sendiri. Dia di pukul oleh orang yang tidak mengenalinya hingga patah patah tulangnya. Dia di cucuk dengan api rokok . Akhirnya kami membuat keputusan untuk menghantar dia tinggal di rumah jagaan swasta dan bertahun tahun lamanya dia di sana.

Dunianya amat menyedihkan, Hari hari di rumah berkenaan , saban tahun hanya di benarkan bermain badminton sahaja di kawasan yang kecil , kemudian makan dan minum , mob rumah dan tidur .Namun inilah kehidupan yang paling baik yang dapat kami sediakan. Dari dia merayau dan di pukul orang sebab kami tidak boleh mengekorinya sentiasa sebab kami semua kerja.

Semalam aku pergi menziarahinya. Sebaik saja aku tiba di sana dan sebaik saja dia nampak aku, dia menjerit, "Along Along ....kenapa lama along tak datang, hari harinajoi tunggu katanya. Aku membawa makanan kegemaran nya Mee Goreng mamak dan juga tea ice. Aku melihat dia makan. Aku sedih mengenangkan nasib nya yang tiada duniawi. Mungkin ini bahagian dia di dunai aku harap di alam lain dia akan di anugerahkan satu kehidupan yang bahagia menggantikan apa yang telah dia hilang di dunia ini.Kalaulah dia tidak sakit tentu dia sekarang berjawatan tinggi, berkereta  besar dan punya keluarga  sendiri , tapi ini semua tiada.Seoalh oalh semuanya direntao darinnya.

Dia minta aku memanggil adik adiknya , aku memanggil adik adiknya untuk bercakap dengan dia. Dia  bertanya kan apakah khabar ibu ku, Ibu ku juga sakit ketika ini. "Mak apa khabar long" tanya nya. "Mak bnaik alahamdulilah " balas aku. "Along nanti along selalu lah datang ten"guk ajoi , katanya, "Ok , ok  nanti along selalu datang tenguk ajoi." balas ku kemnbali. 

"Long... tahun ni ajoi nak seluar slack untuk raya, boleh tak? " sememangnya setiap hari raya aku yang membelikan nya sepasang baju melayu , 3  helai Baju T, seluar jeans dan kasut serta  stokin, Itu memang aku lakukan setiap tahun . "ok Along belikan seluar  slack tahun ini." balas aku kembali.  "Along , nanti along datang ya , masa nak menyambut puasa." gesanya lagi.

INSYAALLAH AKU AKAN TERUS MENZIARAHINYA TERUTAMA PADA BULAN YANG MULIA INI SEMOGA DIA JUGA AKAN MENIKMATI NIKMAT RAMADHAN INI. "ALONG HANYA BERDOA AGAR AJOI AKAN SEMBUH , TAK KIRA LAH LAMA MANA PUN SUPAYA AJOI BOLEH MERASAKAN KEHIDUPAN DI DUNIA INI WALAUPUN SEKEJAP."

SELAMAT MENYAMBUT AWAL RAMADHAN KEPADA SEMUA TEMAN TEMAN KU YANG MENGENALI KU SECARA PERIBADI MAHU PUN DI ALAM MAYA INI.




2 comments:

  1. simpatiku melimpah ruah...Insyaallah, semoga ajoi sembuh spt insan lain yg normal...Aameen

    ReplyDelete
  2. Ini dugaan allah. Ujian untuk kita menilai siapa diri kita.

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts