Thursday, July 26, 2012

Ada tuan gerai (Mak Jan) nak aku jadi bapa anak dia kot..

Lepas tarawikh rasa macam nak kena nescafee tarik dan something light, hari ini makan mee soup. uh best rempah adabi.
balik ajak akak kau teman keluar, kami pun  pergi ke up town , sempat beli seluar panjang 2 helai  untuk dipakai sewaktu santai.kemudian sebelum balik singgah ke  warung , saja nak minum nescafee tarik.
halamak ...sarsi yang aku duk minum 20 sen sebotol dulu ada lagi, sekarang entah berapa agaknya sarsi botol bodoh ini.Rasanya tak sehebat yang dulu, yang dulu rasanya  terasa akar sarsi.
Malam ini tak berapa ramai, menurut kakak yang berniaga di warung ini, malam rabu biasanya tak ramai. apatah lagi tak ada karaoke. Mana karaoke nya tanya aku pada tuan punya kedai tuh. kena komplain. bising kot. Halamak negari PKR bulan puasa pun nak karaoke ke dalam hati aku.
Aduyai...perut tak lapar tak gak kenyang. setakat sebungkus  nasi lemak ni ok jer , tak kan nak datang makan pagi esok. Ok lah kena sebungkus.Ada lauk kerang dan ada ikan bilis aja.
Anak aku pesan ayam goreng, bungkus enam ketul .
Ha ni lah nasi lemak bungkus nya , yang ini lauk kerang.
Aku dah makan nak balik , tapi macam bosan aja, aku snap lah gambar bdk kat depan tuh, Oh ada hotel budget kat depan tuh rupanya. kenapa ko ingat aku boring ..Hah ko tenguk lah tuanpunya kedai ni duk meja aku meluahkan perasaan kat akak kau.
Dia ni siapa cerita ngan akak ko , dia kata anak dia nangis bila anak tanya  nak ayah. o lo lo lo asal lak ko cita ngan akak ko mcm tuh wei....untung lah anak akak ada ayah,akulah pulak dia canon ... asyik duk tenguk aku aja dari tadi.Aduyai  tah aku yang perasan ke dia.. apa lak siap nangis nangis lak ni..... sedih  ingat suami yang lari masa bersalin anak bongsu yang ketujuh.... hu mak aiiiiiii tujuh anak dia. kawin muda... mana tak lari dah kerjakan maksimum sampai  hilang bentuk, caisis lari folk bengkok, lari lah dia cari yang baru.... akak ko dah tenguk aku semacam aja ... huh lagi baik aku gi tenguk kedai helikopter.....

laaa..ni apa lagi, tak kan nak sahur burger, akak ko kata danial nak sloopy apa tah.. kat 7 eleven. ooo kat sini burger paling best. Jangan marah ya sekali sekali kita santai, itu pun dah tengah malam.









No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts