Empat orang Melayu yang dihina oleh Lim Kit Siang (dari kiri)
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Jamal Abdillah, Amy Search dan
Ibnor Riza
|
Blog Penasihat DAP, Lim Kit Siang For Malaysia telah
membuat satu posting yang menuduh Raja Pop, Jamal Abdillah, Raja Rock
Amy Search dan penyanyi popular Ibnor Riza disogokkan RM 10,000 seorang
setiap kali membuat perisytiharan menyokong UMNO.
Sebaliknya, kata blog Lim Kit Siang, artis-artis yang meyokong
pembangkang secara terbuka seperti Hairie Othman, Aisah, Dayangku Intan
dan Bob Lokman telah digam oleh RTM.
Tulisan mengenainya dalam bahasa Inggeris yang dipetik dari Malaysiakini bertajuk Playing Along Macom Bhd berkata: Many
performers who have openly supported the opposition like Hairrie
Othman, Aisah, Dayangku Intan and Bob Lokman, have found that they no
longer get exposure on RTM or goverment events.
In contrast it is alleged that artist like Jamal Abddillah, Amy
Search and Ibnor Riza are rewarded with RM10,000 each and every time
they declare their support for UMNO.
CATATAN:
Posting tulisan ini oleh seorang pemimpin utama negara yang mendakwa
dirinya tidak racis jelas membuktikan kerakusan politiknya sehingga dia
tidak dapat lagi menghayati sensitiviti setiap kaum dan juga tidak
menyedari pandangan rendahnya terhadap masyarakat Melayu tanpa mengambil
kira status mereka.
Jamal Abdillah dan juga Amy Search diketahui sebagai insan seni yang
membina keagungan diri dan penghormatan rakyat terhadap diri mereka
dengan titik peluh mereka sendiri dengan merahmatkan bakat seni yang
dikurniakan Allah kepada mereka.
Mereka tidak menjadi kaya kerana rasuah. Mereka tidak menggunakan lidah
bercabang untuk mencari populariti dengan mempertaruhkan darah dan
nyawa manusia, malah Jamal Abdillah yang telah menghadapi cubaan hidup
yang getir dan dahsyat, terus bertarung dengan cabaran hidup yang amat
menyiksakan untuk memulihkan peribadinya dan bagi mencari rezeki yang
halal. Setakat ini beliau telah berjaya dan kita berdoa semoga Allah
terus memberikan petunjuk dan kekuatan kepadanya.
Tetapi apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, seorang pemimpin besar
pembangkang terhadap Jamal adalah sangat kejam, bukannya memberikan
kekuatan semangat kepada Jamal yang menghadapi berbagai dugaan hidup
untuk terus berjuang tetapi boleh melumpuhkan semangat. Kit Siang demi
kepentingan politiknya, sanggup berkonspirasi dengan orang lain membuat
tuduhan liar, jahat dan kotor terhadap Jamal, Amy dan Ibnor yang
mempunyai berjuta peminat dan pemuja.Inikah contoh seorang pemimpin yang
berperikemanusiaan?
Lim Kit Siang tidak sepatutnya menyamakan Jamal Abdillah dan Amy Search
yang mencari keagungan menerusi kemurnian dan keindahan seni dengan
dirinya, anaknya dan partinya yang penuh dengan kepalsuan, kekotoran,
pembohongan dan sering menggunakan apa yang dikatakan oleh Tunku Aziz
Tunku Ibrahim "Diabolical Ploy" untuk mendapatkan kuasa.
Bagaimanapun ini tidak menghairankan, sedangkan Tunku Abdul Aziz, bekas
Penasihat kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Ehwal Etnik,
yang keluar dari DAP sanggup dihina begitu rupa oleh mereka, inikan pula
artis-artis Melayu yang amat asing bagi mereka.
DAP jelas mahu menjadikan Tunku Aziz hanya sebagai " barua" politik
mereka. Mereka menganggap Tunku Aziz sebagai setaraf dengan Pas dan
Keadilan. Ini tidak akan mereka lakukan, jika mereka tidak memandang
rendah kepada orang Melayu, tidak menganggap setiap Melayu boleh dibeli
dengan wang ringgit.
Mereka telah memujuk Tunku Aziz supaya terus bermastautin di bawah DAP
dengan menawarkan ganjaran jawatan beranugerah RM 50,000 setahun.
Membaca berita ini sahaja pun sudah cukup kita dapat merasakan betapa
rendahnya pandangan DAP terhadap seorang profesional Melayu yang
bertaraf antrabangsa.
Dan lebih buruk lagi apa yang didedahkan oleh Tunku Aziz baru baru ini
dalam NST, tentang beliau diminta oleh orang tengah DAP, supaya memujuk
seorang anak Sultan untuk menyertai DAP dan menjanjikannya jawatan
Menteri Besar.
Tidak mungkin sesiapapun akan mengatakan Tunku Aziz berbohong. Lim Kit
Siang sendiri tidak percaya Tunku Aziz akan berbohong. Tunku Aziz
menulis" Imagine situation the father is the ruler and one of his sons becomes his Menteri Besar.
"A shallow diabolical DAP ploy at its best", kata Tunku Aziz:
Ini adalah menggambarkan betapa penilaian Lim Kit Siang kepada bangsa
Melayu, pandangan hinanya kepada orang Melayu Islam, perasaan racisnya
melampaui sikap rasional dan keupayaannya untuk menghayati sensitiviti
orang Melayu.
Inlah jenis manusia yang mempunyai silatulrahim dengan PAS. Inilah jenis
parti yang lebih dipercayai oleh Pas dari UMNO dan jika DAP mempunyai
pandangan yang sama terhadap Pas seperti mana pandangannya terhadap
Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdillah, Amy Search dan Ibnor Riza maka itu
boleh dimaafkan, kerana itulah yang sewajarnya..
Tetapi Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdullah, Amy Search dan Ibnor Riza manusia Islam dan Melayu yang bukan racis dan bemaruah.
sumber : zamkatablogspot.com
Yang Hairie tu mengaku terima 50K setiap kali gi ceramah PAS tu amende...
ReplyDelete