PERISTIWA 13
Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan
keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat
menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan.
Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai
kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak
keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya
yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.
Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. baca selanjutnya
No comments:
Post a Comment