Tiga
hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa
memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam
Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.
Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai
ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan
berpindah ke Balakong.
“Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta
saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius,” katanya yang
meminta namanya tidak disiarkan.
Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu
berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan
di sana.
“Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang
terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan
makan minumnya,” katanya.
Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu
lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja
berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.
“Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana
tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang
nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana
melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.
“Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya,
Isnin lalu, barulah saya faham ‘perkara penting’ yang dia sebut dalam
pertemuan kami Jumaat lalu,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam. (Sinar Harian)
Mengikut Hadis Nabi Muhamad SAW, yang maksudnya: Pada suatu hari para sahabat bertanya bilakah hari kiamat. Nabi SAW menjawab "KAHATAIN" sambil menunjukkan dua jari ini zamanku dan ini kiamat.Iaitu diantara dua jari. Nabi telah wafat 1400 tahun yang lalu, namun tanda-tanda kiamat yang besar masih belum banyak terdapat. Berserah kepada ALLAH atas segalanya.
ReplyDelete