Saturday, July 21, 2012

Nik Abduh Pin Bin Nik Aziz Pin kata orang UMNO sembah Syaitan

nik abduh
Di saat umat Islam di Malaysia sedang di dalam “mood” mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz cuba mencipta kekecohan apabila menghasut rakyat Malaysia untuk menyerang dan merampas kuasa kerajaan di Putrajaya.

Nik Abduh yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS di dalam ceramahnya di salah satu siri Himpunan “katak” Hijau PAS Ke Putrajaya baru-baru ini mendakwa Allah telah memilih para penyokong PAS untuk merampas kuasa yang kini dimiliki BN.

Agak keras kenyataannya apabila menyatakan lagi bahawa mereka-mereka yang berbaju hijau (PAS) menyembah Allah manakala mereka-mereka yang memakai baju biru (BN) pula menyembah syaitan laknatullah.

Saya tertanya-tanya, fatwa atau ajaran siapakah yang Nik Abduh bawa sehingga dia tergamak berkata demikian?
Pada pandangan saya, sekiranya ada mana-mana individu atau pemimpin dari UMNO/BN yang berkata demikian di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram seperti di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, sudah tentu dia akan dituduh sebagai pelampau.

Malah secara ekstrimnya, adalah tidak mustahil untuk PAS menjadikan insiden itu sebagai isu dan mendesak agar pihak Kementerian Dalam Negeri menahan individu berkenaan atas dakwaan di bawah akta hasutan membabitkan soal keselamatan dalam negeri.

Saya ingin bertanya kepada anak Nik Aziz itu, sekiranya pemimpin Pemuda UMNO di Kelantan misalnya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata bahawa para penyokong UMNO akan menyerang dan merampas kuasa Kerajaan PAS Negeri Kelantan, apa yang akan dia kata?

Rasanya, sudah tentu satu laporan polis akan dibuat oleh Nik Abduh mendakwa pihak UMNO berura-ura untuk mengancam kerajaan pimpinan ayahnya yang dimenangi secara demokratik.

Saya faham bahawa Nik Abduh merupakan lulusan dari universiti di Timur Tengah. Namun usahlah dibawa budaya buruk menggulingkan kerajaan di negara-negara di sana di Malaysia kerana senario politik dan budaya kita di sini amat berbeza.

Paling menyedihkan, sanggup dia katakan bahawa umat Islam yang menyokong BN menyembah syaitan? Astaghfirullahilazim…

Sampai hati Nik Abduh menafikan ibadah dan aqidah orang UMNO  yang menyembah Allah SWT lima kali sehari semalam. Apakah hak Nik Abduh untuk berkata sedemikian?

Apakah umat Islam yang menyokong UMNO meletakkan berhala di depan tikar sejadah ketika bersolat? Apakah kami para penyokong dan ahli UMNO menyebut dan memuji nama Latta dan Uzza ketika bersolat?

Apakah Nik Abduh sedar bahawa Tuhan yang kami sembah adalah sama dengannya Tuhan yang dia sembah setiap hari? Dan apakah dia sedar bahawa Islam yang kami amalkan di dalam setiap detik hidup kami ini adalah ajaran Muhammad SAW dan bukan ajaran ayahnya?

Saya tidak tahu siapa yang mengajar Nik Abduh untuk mengeluarkan fatwa dan berpendirian sedemikian. Namun pada saya, berkemungkinan besar segala fatwanya itu berkait rapat dengan pendirian ayahnya yang merupakan pengasas kepada ajaran “agama PAS”.

Pada saya, PAS bukanlah Islam dan Islam itu bukanlah PAS. Itu fakta jelas.

Saya yakin bahawa seluruh umat Islam yang menyokong UMNO/BN sangat sayang dan taat pada Islam, namun kami tidak sayang dan bencikan PAS yang memecah belahkan umat Islam di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Saya mencabar Nik Abduh untuk membuang perkataan “Islam” yang ada pada PAS dan saya yakin bahawa rakyat Malaysia akan melihat parti itu tidak lebih dari sebuah parti politik yang setaraf dengan DAP dan PKR yang penuh dengan kejijikan dan kelemahan.

Jangan berkecil hati dengan kenyataan tersebut dan sempena Ramadhan ini, renungkan dan muhasabahkan mengenai padangan saya itu kerana sememangnya ia adalah satu fakta yang sangat berkait rapat dengan PAS.

Sempena Ramadhan ini juga saya memohon kepada Allah SWT agar PAS dan para penyokongnya diberikan hidayah sewajarnya agar celik tentang kebenaran dan bersedia meninggalkan fahaman politik demi sebuah ummah yang bersatu di bawah satu kalimah, “La ilaha illah, wa anna muhammadan rasulullah”…wallahua’alam.

sumber mykmu.net

2 comments:

  1. kalau BN Nik Abduh kata sembah setan...yg bapak dia sembah diri sendiri..tak kata apa plak kan...mungkin ikut ajaran agama PAS wajib kot sembahyang menghadap gambar sendiri...hahahaha

    ReplyDelete
  2. kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi...anak dengan bapak sama buduh..sedap je kata orang bukan bukan

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts