Cuba kita lihat gambar yang mahu saya paparkan ini. Gambar ini begitu menarik bagi saya kerana ada cerita yang menarik yang mahu saya kongsikan dengan pembaca.
1. Lokasi gambar ini adalah masjid di kampung saya Kg Sega Rantau Negeri Sembilan, masjid inilah juga di mana pada setiap hari raya saya akan ketemui Arwah Bob Kuman. Bob telah kembali ke rahmatullah dan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan Arwah ayah saya.
2. Fokus gambar ini adalah wanita berbaju merah bertudung cream dan wanita bertelekung putih. Wanita yang berbaju merah itu adalah Raja Datin Seri Hjh Salbiah Tengku Nujumudin isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan. Yang berpakaian serba hitam itu adalah kakak sepupu saya.
3. Raja Datin Seri Hjh Salbiah Tengku Nujumudin telah mengetuai bacaan Yassin di masjid kampung Sega sempena kehadiran Nisfu Syaaban, Sebagai seorang isteri pemimpin dan juga insan biasa Raja Datin Seri Hjh Salbiah Tengku Nujumuddin juga tentu terusik hatinya apabila bertemu dengan wanita yang paling tua di kampung Sega ini.
4. Wanita berpakaian telekong ini adalah wanita yang paling tua di kampung ku. Kami memanggilnya sebagai uwan Manja. Untuk pengetahuan pembaca sewaktu aku kecil sebelum aku sekolah lagi dan seingat aku , inilah rupa uwan manja. Dia adalah kawan kepada Arwah nenek aku yang telah pulang kerahmatullah lebih 20 tahun yang lalu. Sehingga hari ini , uwan ini masih seperti mula mula aku kenalinya dulu. Aku tak pernah tenguk uwan ini muda. Kini usia uwan ini sudah menjangkau seratus lebih tahun. Kami di kampung pernah menyambut ulangtahun nya yang ke seratus , yang merupakan satu sambutan yang istimewa buat orang yang paling tua di kampung ku ini.
5. Suaminya Ateh Johar , sudah lama kembali ke rahmatullah. rakan rakan sebaya uwan ini rasanya sudah tidak ada lagi. Apakah rahsia uwan ini. Aku dari kecil hingga sekarang tetap panggil uwan ini sebagai uwan manja. Mungkin dia manja kot..............
admin dari rantau gak yo...tp bini MB ni den bukan nak cakap ampulah, dah byk kali den jumpa samo ado dalam acara rasmi atau x rasmi io totap samo ajo mcm tok mat...mudah mesra...last den jumpa maso jamuan durian kek umah rasmi MB kat seremban...maso tu tok mat x sampai lagi sebab ado majlis lain...wife MB ni layan semua yg hadir dgn mesra...byk lagilah kot nak bg cth...hehehhehe
ReplyDeleteyo mmg boto, di blkg seprang Lalaki ada seorang wanita yang menentukan kejayaan seseorang itu, Isteri MB banyak buat kerja kerja amal membantu suaminya.
ReplyDelete