Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah,
Zamil Ibrahim akan mendedahkan rakaman Datuk Seri Anwar Ibrahim
'menghentam' rakan sekutunya dalam satu mesyuarat tertutup Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Zon Utara di Pulau Pinang pada 9 Januari 2008.
, beliau akan mengambil tindakan itu jika Ketua Pembangkang
tersebut gagal menjawab secara jujur mengenai rakaman berkenaan yang
diterima dalam bentuk cakera padat (CD) daripada seorang Ketua Cabang
PKR di Kedah.
Dakwanya, rakaman selama lima minit dan 20 saat menerusi telefon bimbit
milik ketua cabang itu antara lain memaparkan kenyataan Anwar yang
menghentam DAP selain menyifatkan Pas sebagai sebuah parti yang hanya
disokong oleh golongan Melayu di kampung.
''Rakaman itu diberikan kepada saya oleh pemimpin PKR tersebut yang
semakin hari semakin meluat dengan permainan wayang Anwar. Ia juga
sebagai bukti suasana 'tikam belakang' antara pembangkang telah berlaku
sejak 2008 lagi.
Sekarang pun begitu juga.
''Saya cabar Anwar untuk mengesahkan apakah benar beliau pernah
menghentam Pas dan DAP dalam mesyuarat itu? Saya minta Anwar menjawabnya
secara jujur.
Tetapi saya tahu Anwar tidak akan jawab,'' katanya pada
sidang akhbar di Ibu pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kota
Damansara dekat sini hari ini.
Beliau mendakwa, rakaman tersebut juga menggambarkan watak sebenar
Penasihat PKR itu yang tidak jujur dengan rakan sekutunya dalam pakatan
pembangkang.
'Saya juga bersedia untuk disaman oleh Anwar sebab saya ada maklumat
lengkap mengenai perjalanan mesyuarat berkenaan,'' tegasnya.
Sementara itu katanya, beliau turut akan mendedahkan lapan CD
mengandungi rakaman pengakuan lapan wakil rakyat PKR yang mahu keluar
daripada parti itu.
Dakwanya, kebanyakan CD itu dirakam selepas peristiwa pembentukan
'Kerajaan 16 September' yang kononnya diusahakan Anwar pada 2008.
''Saya baru tonton dua CD.
Bukan saya rakam tetapi teman-teman saya yang
rakam. Kebanyakan wakil rakyat PKR mahu keluar parti kerana mereka
dipaksa letak jawatan. Ada yang mahu menjadi bebas atau memasuki semula
Barisan Nasional (BN). Janji keluar PKR,''
dakwanya.<
Dalam perkembangan lain, Zamil mendesak bekas
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid
menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau terlibat atau tidak dalam isu
membawa keluar wang kertas dengan nota RM500 dan RM1,000 dalam nilai
yang besar sekitar hujung 90-an.
''Jika terlibat, tolong jelaskan kepada rakyat siapa lagi yang terlibat serta mengarahkan beliau berbuat demikian. Saya difahamkan wang itu masih ada di luar negara dan disimpan di satu lokasi rahsia. Ada orang-orang tertentu di negara ini yang tahu tempat itu.
''Saya juga meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi ulasan sama ada beliau telah menghidu tindakan tersebut sehingga mengarahkan pengeluaran wang kertas dengan nota berkenaan dihentikan,'' katanya. sumber: surat untuk pemimpin
''Jika terlibat, tolong jelaskan kepada rakyat siapa lagi yang terlibat serta mengarahkan beliau berbuat demikian. Saya difahamkan wang itu masih ada di luar negara dan disimpan di satu lokasi rahsia. Ada orang-orang tertentu di negara ini yang tahu tempat itu.
''Saya juga meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi ulasan sama ada beliau telah menghidu tindakan tersebut sehingga mengarahkan pengeluaran wang kertas dengan nota berkenaan dihentikan,'' katanya. sumber: surat untuk pemimpin
No comments:
Post a Comment