Wanita berusai 28 tahun yang cedera dalam kejadian amuk di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, minggu lalu di dakwa atas tuduhan ia itu ugutan jenayah dan membawa pedang.
Muhdalina Ahmad, yang merupakan bekas penuntut UIAM bagaimana pun mengaku tidak bersalah.
Prosiding pendakwaan ke atas Muhdalina berlangsung di wad 3 B Ortopidik B28 yang bersidang sebagai Mahkamah Sesyen Putra Jaya kerana tertuduh kini masih mendapat rawatan di hospital berkenaan kerana cedera.
Pasangannya dalam kejadian itu, Khalil Afandi Abdul Hamid meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terkena tembakan di bahagian tangan dan ari-arinya.
Hakim Che Ali menentapkan 29 Ogos untuk sebutan kes dan membenarkan ikatan jamin sebanyak RM10 ,000 bagi kedua dua tuduhan. Muhdalina adalah penyokong kuat sebuah parti pembangkang dan pernah berkempen dari rumah ke rumah mengedar risalah , jiak anda meninggal dunia , siapa yang anda mahu mengimamkan anda ? yangh di keluarkan oleh sebuah parti pembangkang pada PRU12.
Parti pembangkang berkenaan enggan bertanggungjawab dalam isu ini dan menyfatkan ianya sebagai pembawa ajaran sesat. Ramai pula yang beranggap bahawa ianya adalah akibat dari terlalu taksub denan termakan dakyah dakyah parti pembangkang ini.
No comments:
Post a Comment