Setelah negara digemparkan dengan amukan samurai di Jabatan
Perdana Menteri, kini blog-blog mula mempersoalkan tentang kaitan
blogger pembangkang, terutamanya Milosuam dengan arwah Khalil.
Milosuam dikatakan blogger yang pertama memuatnaik video amukan
tersebut dan kehadirannya di waktu dan tempat kejadian dengan siap sedia
membawa kamera video amatlah mencurigakan. Lebih-lebih lagi apabila
kedengaran percakapan telefon yang disyaki sebagai jurukamera sendiri,
yang seolah-olah melaporkan kepada seseorang apabila arwah telah
ditembak.
Melayari blog Milosuam selepas kejadian menambahkan lagi kecurigaan
kita apabila beliau seolah-olah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan
persepsi kononnya arwah Khalil adalah penyokong kerajaan berdasarkan
hanya satu ayat di blog arwah yang memuji Tun Dr. Mahathir sebagai
seorang berjiwa besar.
Sedangkan jika diteliti keseluruhan post arwah di blog beliau,
mahupun kedua-dua akaun facebook beliau, tiada siapa yang dapat
menafikan bahawa arwah lebih cenderung kepada pembangkang. Lihat saja
senarai perkara yang diminati seperti yang dinyatakan di facebook
beliau:
“MRSM Pengkalan Chepa, Dr. Mahathir bin Mohamad, Lim Guan Eng, MiLo
SuaM, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din,
Jomsedut.Org, Sultan Johor, Pertubuhan Kerabat Raja Jembal ( Wilayah
Tengah), Harian Metro Online (HMO Blog), HarakahDaily Blog, Dr. MAZA for
PM, Bersih 3.0 [Official ], Kami Benci Saiful Bukhari!, A. Samad Said,
Aku sependapat dengan orang kat atas ni 100%, KELAB SAYANGI DYMM SULTAN
SELANGOR, Sukatilah, Anak Johor Sayang Sultan, Aku-Macjay Blogspot,
General Mahdi and the Last Generation Army, Blog Redzuan-Ridzand 7
more..”
Malah, blog Milosuam sendiri turut tersenarai. Justeru, mana mungkin
Milosuam boleh mengelak mengatakan bahawa arwah adalah peminatnya.
Blog paperwaris kemudiannya mengaitkan Milosuam dengan seorang yang
bernama Hambali Idris yang juga merupakan orang yang ‘disayangi’ oleh
arwah. Ini adalah antara komen arwah kepada Hambali difacebooknya:
“Patutlah aku sayang kamu Hambali Idris….. sebab kamu ni berani
mengatakan kebenaran walaupun kebenaran itu sendiri pastinya membunuh
kamu.”
Jika benar Milosuam adalah Hambali maka ini bermakna blogger
pembangkang ini agak kerap berhubung dengan arwah melalui facebook
sebelum kematian beliau. Tidak mustahil mereka juga ada berjumpa kerana
dalam salah satu komen arwah, beliau ada mengajak Hambali berjumpa dan
berborak.
Dan tidak mustahil juga Milosuam mengetahui tentang rancangan ‘serangan-bunuh-diri’ oleh arwah.
Dengan kepantasan Milosuam memuatnaik video tersebut dan kemudian
mengaitkan arwah dengan Tun Dr. Mahathir, kita merasakan bahawa tidak
mustahil juga bahawa arwah telah dipergunakan oleh blogger pembangkang
ini untuk mencipta isu bagi mendapatkan sedikit keuntungan politik bagi
pihak pembangkang.
Selain itu, jika kita melayari blog arwah, kita akan mendapati bahawa
dalam beberapa tulisan beliau, boleh dikatakan beliau seolah-olah
kecewa kerana segala kepercayaannya telah dikhianati oleh seseorang.
Dan beliau kemudiannya mengutuk fatwa bai’ah PAS.
Maka, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau antara ahli-ahli taksub
PAS yang terlalu kecewa dengan sikap cacamarba, fatwa sesat dan
pendirian tunggang-terbalik PAS hari ini?
Apapun punca kecelaruan pemikiran arwah dan apapun motif arwah
menyerang JPM kini sudah tidak begitu penting lagi kerana arwah sudah
tiada. Yang penting kini ialah mencari kaitan arwah atau pemikiran
arwah dengan mana-mana pihak yang mungkin mempunyai kepentingan dengan
insiden amuk ini.
Dan yang penting juga, ialah untuk kita mengetahui apakah kaitan
Milosuam dengan arwah dan apakah peranan Milosuam dalam kejadian ini.
Apakah beliau merupakan sahabat, dalang, atau pemerhati yang sengaja
tidak menghalang arwah menempah maut serta membahayakan kakitangan JPM,
sedangkan beliau mengetahui akan rancangan arwah sejak awal lagi.
No comments:
Post a Comment