Sunday, July 29, 2012

ADUYAI.....Ohbulan Disaman RM1 Juta : TB NAK BERENTI MENULIS LAH


Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.
Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.
Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.
Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.
Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalui laman web www.ohbulan.com telah menerbitkan satu artikel.
Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.
Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.
Terdahulu, Hattan dan Farah Asyikin, 34, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada 12 januari lalu selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti. – BERNAMA

TB: MANA NAK CARI 1 JUTA KALAU SABIT KESALAHAN. NAK  CUKUR  KAT MANA ? SAH SAH  MATI IDUP BALIK 12 KALI PUN TAK BOLEH BAYAR.BANKRAPT AJA LAH..KALAU MERAYU TAK BOLEH. 
RASANYA ADA KE  ORANG NAK BAYAR 1 JUTA KALAU DIORANG ADA 1 JUTA, LEBIH BAIK DUIT ITU MEREKA SIMPAN DAN DECLARE DIRI BANKRAPT.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts