Dari blog Kakjee.
Ramai yang suka luahkan perasaan mereka melalui maya sebab
orang tak kenal mereka. Pengecut namanya, Tetapi Kjee rasa ada
segelintir manusia yang kenal Kjee dan Kjee sikit pun tidak rasa takut
untuk meluahkan isi hati Kjee. I write what I see.
Apa yang Kjee tulis ni, adalah luahan hati Kjee. Tidak khusus
ditujukan kepada sesiapa tetapi ia adalah pemerhatian Kjee secara
rambang. Kjee tahu Kjee akan dihentam berbakul2 oleh mereka tetapi itu
sudah menjadi lumrah.
Kjee nak story kali ni pasal insan2 yang berhijrah. Setiap kali ada insan2 ini yang melaung2kan mereka telah 'berhijrah', Kjee tengok 'penghijrahan' mereka hanya setakat pakai tudung litup dan mengenakan pakaian menutup aurat. Selain daripada itu, mereka lupa tutup sesuatu yang sangat2 penting! Mulut mereka! .
Kjee nak story kali ni pasal insan2 yang berhijrah. Setiap kali ada insan2 ini yang melaung2kan mereka telah 'berhijrah', Kjee tengok 'penghijrahan' mereka hanya setakat pakai tudung litup dan mengenakan pakaian menutup aurat. Selain daripada itu, mereka lupa tutup sesuatu yang sangat2 penting! Mulut mereka! .
Maaflah. Kjee cukup jahil berkaitan Agama. Tetapi Kjee cuba
sedaya upaya meneruskan dan melaksanakan apa2 tuntutan Agama kita
seperti mana yang telah diturunkan kepada Kjee. Kjee akui, peribadi Kjee
dulu dan sekarang amat berbeza. Tetapi Kjee tidak pernah gunakan
perkataan 'berhijrah' kerana perkataan itu terlalu 'keramat'!
Kalau setakat Kjee pakai tudung dan mengenakan pakaian yang
menutup tubuh yang sepatutnya, Kjee tak berani guna perkataan 'hijrah'.
Hijrah pada Kjee ialah, Kjee fokuskan diri jadi insan yang solehah,
jauhi segala yang dilarangNya. Jaga mulut, jaga adap sopan.
Dan Kjee yakin Kjee belum boleh mendabek dada mengatakan Kjee
sudah berhijrah kalau Kjee tidak dapat melakukan semuanya dalam
ertikata yang sepatutnya. Mulut ini masih lagi tidak dapat dikawal. Dan
kekadang tingkah lakupun sukar hendak dibendung. Cakap ikut suka mulut
dan keadaan semasa.
Anyway, terlalu ramai yang sekarang ini suka sangat
menggunakan perkataan 'Hijrah'. Apakah dengan berselindung disebalik
perkataan 'Hijrah', seseorang itu sudah boleh mencuci dosa2 silamnya?
Kjee berkata sedemikian sebab Kjee ada kenal seorang dua
insan yang berhijrah kerana hendak mencuci dosa2nya. Tetapi sedihnya,
dosa lama belum lagi sempat dicucinya, dia tambah lagi dosa baru iaitu
mencaci, menesta dan mengkeji.
Yang paling Kjee tidak sanggup ialah mereka yang setelah
berhijrah, terlupa 'tangan yang pernah menyuapnya makan dulu ataupun
yang pernah melindungi keluarganya dulu'. Tidakkah mereka sedar betapa
besarnya dosa mengenepikan insan2 yang pernah menghulurkan bakti kepada
mereka?
Sebab itulah, wahai kalian semua. Kalau nak bertukar fesyen
daripada yang sekarang kepada fesyen Muslimah, lakukan dengan tertib dan
senyap2. Janganlah kata awak lakukan kerana 'berhijrah' seandainya
tidak dibawak sekali 'mulut' dan 'perlakuan' untuk berubah dari yang
kurang elok kepada yang elok.
Janganlah 'menakut2kan orang lain' yang ingin betul2 ingin 'berhijrah'. Buat apa pun, biarlah berpada2.
Allah Subhanata Ala tahu dan nampak segala2nya. Dan Allah swt Maha Pengampun
dari blog kakJee baca sini
No comments:
Post a Comment