Perjuangan seni dan perjuangan politik adalah dua perkara yang berbeza dan perlu dibezakan demi kemajuan seni tanah air.
Pelakon yang dikenali sebagai Zed Zaidi itu berkata, sebagai seorang artis, mereka haruslah dapat membezakan antara perjuangan seni dengan perjuangan untuk negara.
Ini adalah respon beliau apabila disoal tentang kenyataan kartunis Zunar tentang apabila artis menyertai parti politik, dia tidak lagi bergiat dalam seni sebaliknya hanya berceramah.
“Itu hak individu, pilihan raya nak dekat, mungkin dia tinggalkan seketika untuk dahulukan parti dan ideologi mereka, tapi selepas pilihan raya, mereka akan kembali berkarya,” kata Zed Zaidi.
Menurut Presiden Seniman itu lagi, golongan artis menyertai parti politik bukan kerana mereka mahu menambah rezeki tetapi kerana kepercayaan politik mereka.
“ Artis masuk parti politik bukan sebab nak cari peluang rezeki, sebab menjadi artis itu sendiri sudah menjadi peluang rezeki bagi saya.
“Saya menyertai Umno kerana ia lebih dekat dengan jiwa saya. Saya menilai parti-parti yang lain juga, namun, Umno lebih dekat dengan diri saya,” katanya.
Kesian....
ReplyDelete