Friday, July 6, 2012

Nazmi jangan lenyap seperti Titus ! Uncle doakan kamu berjaya

NAZMI Faiz melambai tangan ke arah jurugambar ketika berlepas ke Portugal di KLIA, malam tadi.

Apa yang boleh kita perkatakan dan apakah reaksi yang boleh kita lakukan , hanya lah kembang kempis hidung apabila membaca tulisan akan kehebatan anak muda ini yang akan melakarkan sejarah baru dalam bolasepak apabila menajdi pemian muda kita yang bermain di Portugal.

Ko memang hebat , Uncle doakan akan kejayaan ko di perantauan dan berharap ko akan kembali dan membuktikan kepada dunia  bahawa Malaysia punya anak muda yang berbakat bertaraf dunia. Uncle hanya harap ko jangan lah jadi macam seorang lagi anak muda yang kita tunggu tunggu hasilnya setelah kita selalu terbaca tentang dirinya yang bermain di kelab Eropah dalam usia yuang muda dahulu. Samapai sekarang kita tidak tahu apa sudah terjadi kepada anak muda yang bernama Titus ini. Lenyap begitu saja.

Di petik dari Berita Harian.

Nazmi berlepas ke Portugal galas maruah bola sepak negara

Kuala Lumpur: Bintang muda negara, Nazmi Faiz Mansor, 18, memulakan kembaranya di pentas Eropah apabila berlepas ke Portugal, malam tadi untuk beraksi selama tiga musim bersama kelab liga utama negara itu, SC Beira-Mar. Kurang 30 jam selepas pulang bersama skuad B-22 dari Yangon, Myanmar petang kelmarin, Nazmi kali ini bersendiri terbang ke Portugal bagi memulakan latihan pramusim bersama Beira-Mar menjelang musim baru 2012/13, bulan depan.

“Ini permulaan karier saya di Eropah. Jadi saya perlu berani mengambil cabaran. Saya akan tunjukkan yang terbaik di sana nanti untuk mengharumkan nama Malaysia. Bukan senang, tapi saya akan gunakan peluang ini sebaiknya.

“Kepada semua peminat saya di seluruh Malaysia dan seluruh keluarga, doakan kejayaan saya di sana nanti. Terima kasih juga buat jurulatih (Ong Kim Swee) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang banyak membantu,” kata Nazmi ketika ditemui di KLIA, Sepang malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts