Thursday, July 5, 2012

Azwan Ali DIVA tersingkir...

Azwan Ali yang baru saja tersingkir dari rancangan realiti, Masterchef Selebriti telah menimbulkan reaksi yang pelbagai dari para penonton dan peminat Masterchef Selebriti.Ada yang merasakan bahawa penyingkiran Azwan Ali adalah tidak wajar kerana dia adalah satu-satunya selebriti yang mampu memeriahkan suasana rancangan tersebut.

Ada pula ada satu lagi kelompok peminat yang bersetuju dengan penyingkiran Azwan Ali, kerana bagi mereka Azwan Ali hanyalah seorang yang tahu menimbulkan kekecohan sahaja. Bagi segelintir peminat Masterchef, walaupun Azwan Ali seorang yang dikenali dengan sikap ‘diva’nya, namun mereka mahukan sesuatu yang berlainan dan disebabkan itulah mereka teruskan menonton rancangan Masterchef Selebriti.

 Kumpulan Biru yang dianggotai oleh Azwan Ali telah kalah dalam persaingan dan ini menyebabkan mereka diheret ke pusingan penyingkiran. Dalam pusingan ini, Azwan Ali kalah dalam tugasan menyediakan hidangan bertemakan mee.

Ini aja slotyang tinggal kot... bagi lah Azwan peluang ....

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts